3 Tempat Makan Tengahari Best di Pontian, Johor

| March 2, 2020 | 0 Comments

3 Tempat Makan Tengahari Best Di Pontian, Johor | Anda baru kali pertama sampai ke Pontian? Atau dah pernah datang tapi belum sempat nak explore kawasan? Bila dah sampai ke kawasan baru, perkara utama yang kita nak cuba mesti makanan tempatan bukan? Bila dah masuk tengahari ni mesti perut dah mula berkeroncong, mula la kita nak cari tempat makan best. Kalau boleh nak cari tempat yang best best jer sebab dah datang dari jauh, kena la cuba sesuatu yang baru, baru puas hati bila sampai rumah.

Kalau dah sampai Pontian Johor, korang jangan risau sebab orang Pontian ni pandai juga masak. Jadi anda tak perlu bimbang sebab kami akan kongsikan kepada anda tempat makan best di Pontian. Jom tengok 3 tempat makan tengahari best yang kami senaraikan untuk anda. Jadi kalau dah sampai Pontian, jangan lupa singgah ke tempat-tempat makan ni untuk makan tengahari. Insya-Allah kita takkan menyesal.

1. Warong Soto Sri Bunian

Bagi yang baru sahaja datang ke warung ni mesti dah tahu apa menu istimewa dekat sini kan? Iya semestinya soto lah menu terbaik di warung ni. Kalau korang dah singgah tu jangan lupa cuba soto kat sini. Mesti berpuas hati la. Selain soto terdapat juga bihun sup, mi rebus, mi goreng dan lain-lain. Selain itu, nasi goreng kampung dan lontong goreng mereka juga tidak terkecuali sedapnya. Jadi jangan lupa cuba ya. Ruangan makan di Warong Soto Sri Bunian memang agak sempit sebab nama pun warong kan. Tapi jangan risau di luar warong ni ada khemah berserta kerusi dan meja disediakan untuk pelanggannya. Jadi kalau korang nak bawa keluarga korang yang ramai untuk makan disini pun boleh.

Harga makan di sini berpatutan dengan menu hidangannya. Kalau seorang makan tu sekali minum tak sampai RM10. Kalau korang nak singgah makan tengah hari pastikan betul-betul tengah hari ya, sebab kedai ni buka dari jam 12 tengah hari hingga 11 malam.

Nampak sedap kan soto ni. Kalau korang dah sampai Johor tu jangan lupa pekena soto. Wajib cuba soto dengan lontong ni sebab itu kan makanan tempatan sini.

Kalau korang teringin nak jadikan warong ni sebagai destinasi makan tengahari korang, bolehlah korang datang ke alamat yang tertera disini: J169, 82000 Pontian District, Johor. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi: 016-752 1227 atau 011-2676 0796.

Facebook Page: https://www.facebook.com/Sotosribunian/

2. Restoran Asam Pedas Al-Muallaf

Bagi yang menggemari asam pedas bolehlah cuba makan asam pedas di Restoran Asam Pedas Al-Muallaf sebagai hidangan tengah hari korang. Di sini korang dapat makan ikan yang segar-segar belaka. Ikan yang fresh dari laut yang membuatkan hidangan di sini sangat sedap. Kalau korang datang bawa keluarga, jangan risau di restoran ni tempatnya selesa, bersih dan staf dia pun mesra.

Harga di restoran ni dikira mengikut harga pasaran per 100 gm ikan atau makanan lauk yang dipilih. Memang mahal tapi kalau korang makan di restoran ni memang berpuas hati lah sebab servis laju dan makan pun sedap. Asam pedas dia memang berbaloi dan tidak mengecewakan.

Kuah asam pedas dia nampak menarik bukan? Selain asam pedas, korang patut cuba udang telur masin. Memang sangat rekomenkan untuk korang.

Kalau korang berhajat nak makan tengah hari di Restoran Asam Pedas Al-Muallaf. Ini alamatnya: 21g jalan delima 1 Pusat Perdagangan Pontian, Pontian Kecil, 82000, Johor. Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh hubingi jo yang tertera: 017-706 3374

Facebook Page: https://m.facebook.com/pages/category/Malaysian-Restaurant/Restoran-Asli-Muallaf-assam-Pedas-227624463967424/

3. Johoriau Seafood Restaurant

Kalau korang rasa kedua tempat makan tengahari tadi kurang menarik. Jom kita lihat tempat makan yang terakhir ni. Kalau korang datang ke Pontian ni korang kena cuba makan di Johoriau Seafood Restauran ni sebagai tempat makan best korang sebab restoren ni menghidangkan makanan laut yang segar bugar untuk pelanggannya. Memang kena la dengan kawasan yang berdekatan dengan laut ni. Selain itu, hidangan tradisional turut disediakan dalam menu masakan mereka jadi kalau korang nak merasa masakan asli penduduk Pontian ni bolehlah singgah makan di restoran ni. Johoriau Seafood Restaurant memang menyediakan tempat yang selesa dan menarik untuk pelanggannya. Jadi kalau korang singgah datang makan sini memang puji habislah. Dah lah dapat makan sedap lepas tu tempat nak makan pun bersih dan selesa memang sesuai bawa rombangan makan beramai-ramai ke restoran ni.

Harga makan disini memang mahal. Jadi memang kena penuhkan dompet dulu baru datang makan sini. Harga nak makan dikira masih mamapu milik la. Antara menu yang korang boleh dapat disini seperti Lokan masak kunyit, siput sedut, belangkas lemak cili api dan lain-lain. Kalau dah datang singgah makan di restoran ni jangan lupa cuba otak-otak disini. Memang terasa isi ikan dalam otak-otak ni.

Amacam menarikkan masakan Johoriau Seafood Restaurant ni. Kalau nak datang restoran ni dibuka pada jam 12 tengah hari hingga 11 malam.

Jadi kalau korang nak singgah makan tengahari di restoran ni, ini alamatnya: T 16 Kg Parit Maiden 82030 Serkat Pontian, Johor. Jika ingin membuat tempahan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh call: 01136961070 (natasha) / 012 6737631 (Bella)

Facebook Page: facebook.com/Johoriau

Jadi kalau korang dah pakat-pakat nak singgah ke Pontian ni jangan lupa cuba makan di restoran dan gerai makan yang kami senaraikan. Kami ucapkan selamat datang dan selamat mencuba.

Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best untuk anda di Pontian, Johor. Kalau dah habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Tags: , , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *