3 Tempat Makan Tengahari Best di Shah Alam, Selangor| Bila dah masuk tengahari, perut pula dah mula rasa lapar. Tapi kita ni masih lagi tercari-cari tempat makan tengahari yang mana best bila berada di Shah Alam ni. Tekak pula teringin nak rasa masakan tempatan yang menarik dan sedap kan?

Shah Alam adalah sebuah lokasi yang sesuai dan menarik untuk cari tempat makan tengahari best. Cakap sahaja nak makan apa, dari masakan Melayu, Thailand, Arab, Barat pasti semua ada untuk memenuhi rasa mengidam anda dengan macam-macam jenis masakan yang terdapat di sini. Oleh itu, untuk membantu anda daripada rasa sakit kepala, mengidam dan menjimatkan masa anda, di sini kami nak kongsikan 3 tempat makan tengahari best di Shah Alam, Selangor. Semoga anda dapat rajinkan diri untuk membaca artikel ni ya.

 

1. Warung Ambo

Kepada Oghe Kelate yang berada di Shah Alam, meh pakat datang ke Warung Ambo. Anda rindu kan masakan dari negeri pantai timur, bila datang makan di Warung Ambo ni dapatlah hilangkan rasa rindu tu. Di sini bermacam-macam menu masakan yang sedap dan mengenyangkan antaranya ialah nasi kerabu, nasi sado, nasi ngosek, nasi ikan ayo dan banyak lagi masakan sedap-sedap patut anda cuba.

Selain itu, Warung Ambo juga menyediakan hidangan kuih muih tradisional dari negeri Kelate yang boleh anda cuba iaitu apam beras, pulut pagi, roti jala, puteri mandi, sekaya pulut dan banyak lagi lah. Semua juadah yang disajikan di Warung Ambo ini cukup lengkap dengan pelbagai juadah dan masakan yang menyelerakan dan mengenyangkan. Memang tak rugi kalau datang makan di sini. Kepada anda nak tahu hidangan mereka, boleh lah tengok gambar-gambar di bawah ni.

 

Sangat meriah kan hidangan masakan mereka ni. mampu buatkan kita rasa lapar dan terliur, lebih-lebih lagi perut tengah lapar ni. Hi hi hi. Jadi, apa tunggu lagi, boleh lah try makan di Warung Ambo pula.

Kepada anda yang nak cuba makan di Warung Ambo, boleh dapatkan alamat di : Lot 1513-A, Jalan Bangi, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang, Selangor. Sebarang pertanyaan boleh hubungi di : 010-361 9097

 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/WARUNGAMBO/

 

2. Restoren Temerloh Catering

Kalau tadi Warung Ambo tidak dapat memenuhi selera anda, jadi anda tak perlu risau kami sediakan kepada anda Restoren Temerloh Catering yang menjadi pilihan dalam senarai 3 tempat makan tengah hari best di Shah Alam ini.

Apa yang sedap di restoren Temerloh Catering ni ya? Ok, untuk pengetahuan anda, restoren ini menjadi pilihan pengunjung ialah menu masakan mereka iaitu ikan patin masak tempoyak. Bila melangkah sahaja masuk ke dalam restoren ini, pasti akan buatkan anda jatuh cinta dengan aroma bau masakan patin tempoyak mereka ni. Sungguh menyelerakan dan sedap. Selain, lauk ikan patik tempoyak, terdapat juga menu masakan lain yang boleh anda cuba di restoren ini iaitu ikan perkasam bila makan dengan putih panas panas pasti terangkat lah, pastu gulai ayam dan banyak lagi yang boleh anda cuba. Waktu tengahari restoren ini memang ramai pengunjung datang. Anda patut datang awal, sebab takut lauk ikan patin tempoyak cepat habis. Sebab ia hidangan favourite di sini!

Macam mana terliur habis kan tengok gambar gambar masakan mereka ni? Uishh rugi pada siapa yang tak nak cuba datang makan di sini bila da berada di Shah Alam. Anda patut datang cuba ya! Bawaklah family atau kawan kawan lagi seronok.

Sekiranya anda ingin makan di restoren ini, anda boleh pergi ke alamat: No. 86, Jalan Renang 13/26, Seksyen 13 Shah Alam, Malaysia 40100. Sebarang pertanyaan hubungi di : 03-5524 6890

 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/TC13ShahAlam/?rf=166873747220574

 

3. Rojak&Cendol Shah Alam

Wahhhh… Anda pengemar cendol? Jom pakat datang ke kedai rojak&cendol Shah Alam ni. Waktu tengah hari, dengan cuaca agak panas memang best dapat basahkan tekak dengan air cendol ni. Lebih sedap, bila makan bersama dengan durian dan rojak kan?

Dekat sini, memang pelbagai jenis cendol yang anda boleh anda cuba antaranya ialah cendol pulut, cendol durian, cendol madu, cendol tin, cendol marshmellow dan banyak lagi lah. Rambang mata nak buat pilihan. Kalau anda yang  minat makan cendol durian, harga yang di tawarkan adalah mengikut harga semasa musim durian. Jika bukan pada musimnya, anda sanggup bayar dengan kadar harga yang lebih sikit, mungkin tidak menjadi masalah kepada anda pengemar cendol durian kan?. Kedai ni memang wajib anda datang dan cuba hidangan mereka. Sangat puas hati dan berbaloi dan sedap.

Tengok sahaja gambar gambar  ni kecur air liur kita kan? Boleh lah lepas ni cuci mulut dengan makan cendol dan rojak di Shah Alam pula ya!

Anda yang nak cuba makan di kedai Rojak&Cendol Shah Alam boleh ke alamat: Medan Selera Delima, Lot G.2, Jalan Bawang Putih 24/34, Seksyen 24, 40200 Shah Alam. Sebarang pertanyaan hubungi: 013-400 0088

 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/rojakcendolshahalam/

 

Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best untuk korang di Shah Alam, Selangor ini. Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan rakan anda.

Share.

Leave A Reply