3 Tempat Makan Tengahari Best di Tangkak, Johor

| March 9, 2020 | 0 Comments

3 Tempat Makan Tengahari Best Di Tangkak, Johor | Ledang merupakan sebuah bandar yang terletak di negeri Johor. Ledang atau juga dipanggil Tangkak merupakan bandar yang kecil di negeri Johor. Jika anda mengunjungi kawasan ini pasti anda ingin mencari tempat makan yang best disini bukan? Bila sudah masuk tengahari pasti perut sudah berbunyi dan korang rasa susah nak cari tempat makan yang best dalam keadaan sebegitu.

Jadi korang jangan risau sebab kami akan menyenaraikan kepada korang tempat makan tengahari best di Tangkak, Johor untuk korang. Macam biasa kami akan memperkenalkan 3 tempat makan best sahaja dalam artikel ni. Jadi kalau korang dah rancang nak kunjungi bandar Tangkak ni bolehlah ambil peluang untuk makan di tempat yang kami cadangkan ini.

1. Nasi Ayam Ali
Jika anda mencari hidangan yang mudah untuk keluarga anda, anda bolehlah mencuba nasi ayam di Nasi Ayam Ali. Hidangan yang disajikan disini memang sesuai untuk anak-anak dan yang penting sedap. Antara menu makan disini semestinya, nasi ayam dengan ayam madu yang dihidangkan bersama sup cendawan dan sambal khas. Selain ayam madu, hidangan menu ayam blackpepper juga turut disediakan.

Harga nasi ayam disini agak mahal dari kedai makan yang lain. Jadi kalau korang datang memang memikirkan bajet, kami sarankan lupakan niat nak kunjungi Nasi Ayam Ali. Tapi kalau korang memikirkan kepuasan hati keluarga bolehlah bawa mereka makan di Restoran Nasi Ayam Ali.

Amacam mengiurkan tak nasi ayam ni?

Kalau korang bercadang nak singgah makan di Restoran Nasi Ayam Ali, ini alamatnya: 1978, Jalan Muar, Kampung Padang Lalang, 84900 Tangkak, Johor. Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah hubungi no 011-1792 8454. Restoran ini dibuka pada jam 12.00 tengahari dan ditutup pada jam 9 malam.

Facebook Page: Nasi Ayam Ali Tangkak

2. Warong D’Mampir Nasi Lemak

Kalau korang nak makan sesuatu yang lain dari yang lain untuk tengahari ni, korang bolehlah datang mengunjungi Warong D’Mampir Nasi Lemak. Warong ni menawarkan menu yang nasi lemak, bihun sup, mee bandung dan lain-lain. Antara menu yang popular disini ialah nasi lemaknya kerana keunikan nasi lemak ini dihidangkan bersama sate sambal sotong. Jadi bila dah ada peluang kunjungi warong ni korang harus mencubanya.

Harga menu makanan disini semuanya sangat berpatutan. Jadi bolehlah korang bawa rakan dan keluarga untuk makan tengahari disini. Warong ini dibuka setiap hari kecuali hari rabu dan khamis pada jam 7 pagi hingga 11 malam. Jadi kalau dah nak singgah tu jangan lupa tengok hari dulu.

Nampak menarik dan sedapkan menu makanan disini.

Kalau korang ingin jadikan warong ni sebagai tempat makan best untuk tengahari, ini alamatnya: Jalan Payamas, Taman Sentosa, 84900 Tangkak, Johor (Sebelah Pejabat Pos Tangkak).

Facebook Page: D’Mampir Nasi Lemak

3. Asam Pedas Power Bus Stand Tangkak

Korang rasa nak makan masakan kampung saja untuk tengahari? Korang jangan risau sebab tempat makan yang terakhir ini banyak menyediakan hidangan lauk pauk yang segar dan menyelerakan. Kalau yang gemar makan asam pedas ni bolehlah singgah makan disini kerana pelbagai menu masakan ikan yang boleh didapati disini seperti ikan pari. kembung. mayong. merah. jenahak. dan Parang. Selain itu, hidangan masakan lain turut tersedia disini. Jadi senang untuk korang pilih masakan kegemaran bila singgah makan tengahari di Asam Pedas Power Bus Stand Tangkak.

Harga makan disini berpatutan dengan harga makanan di Johor. Kalau korang dah fikir bajet tu jangan beranganlah nak ambil lauk banyak-banyak bila nampak banyak masakan kegemaran tu. Tahan nafsu tu korang. Hihi!

Nampak menyelerakan bukan masakan disini? Medan selera ini dibuka pada setiap hari jam 12.00 tengahari dan ditutup pada jam 9 malam.

Kalau korang dah rancang nak singgah makan tengahari disini. Ini alamatnya, Medan selera no 11 perhentian bas dan teksi tangkak, Tangkak, Johor, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah call no. 012-601 3796.

Facebook Page: Asam Power Pedas Bus Stand Tangkak

Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best untuk korang di Tangkak, Johor ini? Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan dan keluarga anda.

Tags: , , , , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *