3 Tempat Makan Best Tengahari di Wangsa Maju, Kuala Lumpur| Waktu tengahari ini dah mula kita semua tengah memikirkan ke mana kah tempat untuk menikmati hidangan tengahari yang best kan? Warga kota yang tengah pening nak makan tengahari tu dekat mana, anda jangan risau. Dekat KL ini memang banyak kedai-kedai makan yang menyediakan hidangan makan tengahari best terutamanya di Wangsa maju, Kuala Lumpur. Hidangan yang sungguh menyelerakan. Kadang kita ni jer yang malas nak mencari. Hihihi.
Tapi tak apalah, disini kami bantu anda dengan menyediakan 3 senarai tempat makan best tengahari yang boleh anda tengok dan pergi nanti ya. Lokasi tempat-tempat makan tengahari best di Wangsa maju, Kuala Lumpur ini memang seronok dapat menikmati bersama ahli keluarga atau rakan-rakan anda. Memang terliur la tengok hidangan sedap mereka ni. Jom kita cuba!
1. Restoren Ayam Gepuk Pak Gambus
Sebut sahaja nama Restoren Ayam Gepuk Pak Gembus ni pasti da ramai sangat yang telah cuba merasai kesedapan ayam dan sambal yang di hidangkan oleh mereka ni. Tapi kepada anda yang belum pernah merasai kesedapan Ayam Gepuk Pak Gembus ni, anda boleh pergi sendiri restoren mereka. Penangan ayam goreng diketuk kemudian dilumurkan dengan sambal diatasnya, kini menjadi sebutan ramai. Restoren ini menyajikan sambal yang memberi kita untuk tentukan tahap kepedasan yang kita nak. Anda boleh membuat pilihan sendiri mengikut tahap kepedasan yang telah dibuat oleh mereka iaitu biasa (3 cili), pedas, (10 cili) dan sangat pedas (15 cili). Sangat bagus kan mereka buat macam ni. Min yang menaip ni pun da rasa terliur, belum lagi cuba. Harga yang mereka tawarkan juga sangat berpatutan.
Restoren Ayam Gepuk Pak Gembus sering dikunjungi ramai pelanggan, jadi anda perlu tahan untuk tunggu giliran la ya. Kalau lambat datang, boleh jadi anda tak dapat rasa kesedapan Ayam Gepuk Pak Gembus ni. Cepat sangat habis. Jom kita tengok gambar gambar hidangan yang terdapat di Restoren Ayam Gepuk Pak Gembus.
Terliur tengok hidangan makan tengahari best restoren Ayam Gepuk Pak Gambus. Jadi apa tunggu lagi, anda patut cuba.
Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : Platinum Walk (off Jalan Danau Kota)
53300 Wangsa Maju, KL Malaysia. Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh hubungi +60 18-963 2907
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/ayamgepukpakgembusmalaysia/
2. Restoren Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju
Anda rasa Restoren Ayam Gepuk Pak Gembus tak kena dengan rasa tekak anda, tak pe jangan risau kita try survey pula Restoren Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju. Sebuah restoren makanan yang menyediakan makan tengah hari best dengan ayam yang dipotong saiz dadu bersama kuah kari dan sambal belacan. Kedengaran hidangan ini sangat ringkas kan? Tapi ini adalah hidangan menjadi kegemaran ramai. Harga yang di ditawarkan juga sangat berpatutan.
Restoren Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju juga menyediakan minuman yang menjadi kegilaan ramai iaitu minuman air bandung berwarna hijau yang diperbuat daripada sirap hijau. Dengar sahaja pun dan terliur kan. Jadi anda patut cuba hidangan tengah hari di sini.
Nampak sangat menyelera kan ini. Kalau anda yang berminat nak cuba makan tengah hari best di Restoren Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju ni anda boleh datang cuba di Wangsa Maju ni.
Alamat : 19, Jalan Wangsa Delima 2a, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi 018-291 9103
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nasikakwookselerawangsamaju/
3. D’Timer Café
Kalau 2 restoren tadi tu masih lagi tidak kena dengan selera tekak anda, tempat makan tengah hari best di restoren D’Timer Café harapnya kena lah dengan selera anda ya. Anda yang tinggal di sekitar KL yang rindukan masakan negeri Johor, restoren ni adalah pilihan nya. Restoren D’Timer Cafe menyajikan masakan yang ada di negeri Johor seperti kacang pool, laksa johor, dan lontong. Kelazatan masakan mereka ni akan membuatkan anda seolah olah berada di negeri Johor. Orang Johor masakan ni mungkin akan buatkan anda terubat rindu dengan masakan negeri sendiri.
Makanan disini tampak menyelerakan. Min yakin anda pun mesti akan jatuh cinta dengan masakan yang mereka saji kan ni. Keadaan kedai yang sangat selesa juga akan membantu membangkit selera anda.
Anda yang berhajat nak cuba boleh cari alamat ni : 11-G, Blok B, Plaza Wangsa Maju, Jalan Maju Ria 2, Seksyen 10, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jika ada sebarang pertanyaan hubungi 03-4141 5312
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/dtimercafe/
Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengah hari best untuk korang di Wangsa Maju, KL ini. Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan rakan anda.
1 Comment
Pingback: Atas 20+ ayam gepuk pak gembus wangsa maju terbaik - Majestic Salute Hotel