13 Tempat Makan Seafood Best Di Sik, Kedah | Sik adalah salah satu daerah paling luas di kedah. Sik adalah salah satu tempat yang indah dan mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati oleh anda. Selain itu terdapat juga tempat untuk menjamu selera yang  sangat menarik di sik. Tapi tempat apa yang best? Berikut adalah senarai tempat makan best yang korang perlu cuba.

1. RESTORAN TERAPUNG SERI BERNAS (TASIK BERIS) – SEAFOOD

Jika anda ingin mencari tempat makan dengan permandangan yang indah. Anda boleh mengunjungi restoran ini. Restoran ini menyediakan makanan panas dan pelbagai variasi makanan laut pada harga yang berpatutan. Selain itu makanan seperti laksa ikan seekor dan mee udang merupakan makanan yang disediakan di sini.

Lokasi ini di Jalan Sik-Nami, 08200 Sik, Kedah, Malaysia

Restoran ini beroperasi setiap hari dan dibuka pada pukul 11 pagi hingga 7 petang. Sebarang pertanyaan boleh hubungi TEL: 017-5216031

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/SeriTernasResort/

 

2. RESTORAN KAK TIMAH (KEDAI KOLAM) – SEAFOOD

Restoran Kak Timah ini menyediakan banyak masakan berlauk. Nasi berlauk makanan laut adalah salah satu menu utama yang disediakan. Makanan bergoreng juga ada, Disini juga mempunyai banyak pilihan lauk dengan harga yang murah.

Mereka juga ada menyediakan makanan yang dibakar seperti ikan keli dan ayam bakar. Jika anda ingin kesini anda boleh mencuba nasi campur ayam bakar atau nasi campur ikan keli bakar begedil yang disediakan disini.

Lokasi ini di Darulaman, Jalan pondok haji salleh, Kampung Banggul Kiat, 08200 Sik, Kedah

Restoran ini dibuka pada setiap ahad hingga jumaat, pada jam 7 pagi hingga 3 petang. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-807 6737

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kedaikolam

 

3. KEDAI MAKAN KAK YONG SIK – SEAFOOD

Kedai Makan Kak Yong Sik ini menyediakan aneka makanan bergoreng atau berkuah makanan laut  dan juga western. Dekat sini, mereka juga ada menyediakan masakan seperti meatball,bakso,mee dan bihun pada harga murah.

Lokasi ini di Medan selera, Pekan Sik, 08200 Sik, Kedah dan dibuka pada setiap hari kecuali hari khamis dan jumaat, jam operasi adalah dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-5790071

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kedaimakankakyongsik

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Sik ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply