4 Pemuda Palestin Mati Ditembak Dalam Serangan Tentera Israel Di Jenin | Satu pertembungan telah tercetus melibatkan tentera Israel delepas mereka dikatakan telah menyerbu kem pelarian Jenin di utara Tebing Barat yang diduduki pada awal hari Isnin.

4 Pemuda Palestin Mati Ditembak Dalam Serangan Tentera Israel Di Jenin

Sekurang-kurangnya empat pemuda Palestin dilaporkan telah ditembak mati dalam konfrontasi bersama tentera Israel di kem pelarian Jenin di utara Tebing Barat yang diduduki tersebut.

Mangsa dikenali sebagai Saleh Mohammed Ammar, 19, dan Raed Ziad Abu Seif, 21, ditembak pada hari Isnin dan meninggal dunia akibat luka mereka sejurus tiba di hospital bandar Jenin, menurut sumber di pusat kesihatan itu menerusi laporan Aljazeera.

Menurut sumber berkenaan, dua warga tiba di jabatan kecemasan, ditembak oleh tentera Israel, dan meninggal tidak lama kemudian, akibat cedera mereka manakala mayat dua mangsa lain, dikenali sebagai Noor Jarrar dan yang lain sebagai Amjad Iyad Azmi, telah dibawa oleh pasukan Israel, menurut laporan media tempatan.

Gabenor Jenin turut mengesahkan kematian tersebut.

Sekurang-kurangnya dua orang Palestin yang lain telah ditangkap dalam serangan tersebut. Satu ditembak di tangan dan yang lain, dikenali sebagai Mohammed Abu Zina, dibawa dari rumahnya dalam satu serbuan.

Sementara itu, proses pengebumian dimulakan untuk orang-orang yang terbunuh di kem pelarian Jenin.

Para saksi mengatakan sekumpulan orang Palestin terlibat dalam pertempuran dengan anggota Musta’ribeen polis Israel – sebuah unit penyamar yang terdiri daripada orang Israel yang menyamar sebagai Palestin.

Ejen-ejen unit tersebut biasanya menempatkan diri di kawasan Palestin dengan tujuan untuk menangkap orang. Media tempatan melaporkan ejen tersebut berada di kem beberapa jam sebelum pasukan Israel menyerbu kawasan itu.

Menurut mereka, ejen Musta’ribeen melepaskan tembakan “secara langsung pada sekelompok besar pemuda” ketika tentera Israel menyerbu kem tersebut.

Bom tangan dan gas pemedih mata juga dilancarkan ke atas rakyat Palestin, kata saksi.

Polis Israel mengatakan dalam satu kenyataan bahawa tentera mereka telah menembak “penyerang” setelah rakyat Palestin melepaskan tembakan ke arah “pasukan penyamar” tentera terlebih dahulu.

Tidak ada pasukan Israel yang cedera dalam kejadian itu. Mereka dilaporkan dalam misi menahan seorang individu, kata polis.

Sumber: Aljazeera

Share.

Leave A Reply