4 Sekeluarga ‘Mengering’, M@ti Kebuluran | Kematian empat sekeluarga yang jasadnya ‘mengering’ di Perum Citra Garden Extension I, Kalideres di Jakarta Barat dipercayai akibat kebuluran menjadi misteri.
Portal DetikNews melaporkan, spekulasi yang mengatakan bahawa keempat-empat mangsa tidak makan dan minum dalam tempoh yang cukup lama sehingga menyebabkan jasad mereka ‘mengering’ tidak dapat dipastikan.
Dalam kejadian itu, mangsa yang mati kebuluran terbabit ialah Rudyanto Gunawan, berumur 71 tahun, Renny Margaretha, berumur 68 tahun, Budianto Gunawan, berumur 68 tahun, dan Dian, berumur 42 tahun.
Keempat-empat mangsa ditemukan meninggal dunia di rumah mereka pada Khamis dan dipercayai maut dalam tempoh berlainan sejak tiga minggu lalu.
Polis mengenal pasti punca kematian akibat kebuluran, namun siasatan lanjut dan ujian forensik masih dijalankan.
Pada hari Jumaat, Ketua Polis Jakarta Barat AKP Taufik Ikhsanmenyatakan bahawa hasil pemeriksaan forensik, perut (setiap mangsa) kosong, tidak ada makanan dan dehidrasi (kekurangan air), jadi otot mereka mengering, jadi kecil. Ia dipercayai kemungkinan kekurangan nutrisi, makanan.
Adik kepada mangsa Margaretha, Ris Astuti yang berumur 64 tahun, mempersoalkan kematian mereka akibat kebuluran kerana kakaknya itu boleh menghubunginya jika memang tiada makanan.
Pada hari Sabtu, Ris Astuti menyatakan ketika ditemui di Mapolsek Kalideres bahawa beliau berasa aneh dan juga bingung. Jika kakanya berasa lapar, tidak ada makanan, atau kurang buat makan, boleh hubungi Ris.
Ris berkata, kakaknya itu juga tidaklah termasuk dalam kategori orang susah dan mengakui terkejut dengan kematian kakaknya bersama suami, anak dan ipar.
Ris juga menyatakan bahawa dari segi tahap ekonomi, keluarga kakaknya biasa saja, tiada keluhan atau sebagainya. Istilahnya, standard dari segi ekonomi keluarga kakak.
Ris kata lagi, kakaknya dulu jual kuih, suaminya bekerja di pejabat. Tetapi itu dulu, kebelakangan ini mereka tidak tahu kerana mereka langsung tidak berhubung.
Menurut Ris, kakaknya tidak pernah meminta bantuan apa pun kepadanya dan tidak mengetahui sekiranya keluarga kakaknya terbeban masalah hutang sehingga mengalami masalah kewangan untuk mendapatkan makanan.
Ris kata, kakaknya tidak meminta bantuan, malah kakaknya yang sering membantu dengan makanan dan pakaian.
Sumber: Harian Metro
Artikel Lain
3 Beradik Tergamak Bakar Rumah Nak Bvn0h Ibu Hanya Sebab Berebut Tanah
3 Beradik Tergamak Bakar Rumah Nak Bvn0h Ibu Hanya Sebab Berebut Tanah | Tiga beradik tergamak membakar kediaman keluarga kerana tidak puas hati isu pembahagian tanah. Kerana harta, manusia sanggup berbuat apa sahaja termasuk membunuh ahli keluarga sendiri.
Begitulah kisah yang berlaku di sebuah perkampungan di Trung Hoa, wilayah Hung Yen, Vietnam di mana tiga beradik perempuan sanggup membakar rumah yang didiami mereka sekeluarga hanya kerana manu membunuh ibu mereka sendiri.
Dalam kejadian yang berlaku pada 30 Oktober itu, tiga beradik perempuan berkenaan membawa satu tin petrol yang mengandungi kira-kira empat hingga lima liter untuk dituangkan ke lantai rumah ibu mereka sebelum menyalakan api.
Akibat tindakan agresif itu, ketiga-tiga suspek tersebut turut cedera sementara ibu mereka melecur di tangan dan rambut dikejarkan ke hopsital untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan bahawa mangsa yang berusia 61 tahun mempunyai tiga anak perempuan dan seorang lelaki di mana semuanya sudah berkahwin.
Mangsa mempunyai beberapa bidang tanah di kampung tersebut tetapi ketiga-tiga perempuannya dikatakan tidak dapat menerima pembahagian harta masing-masing.
Hal ini secara tidak langsung menimbulkan rasa tidak puas hati kepada ketiga-tiga anak perempuannya sehingga sanggup bertindak sedemikian.
Susulan itu, pihak polis telah melakukan pemeriksaan dan siasatan di lokasi kejadian untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya.
Sumber : Mstar