5 Cara Didik Anak Tidur Awal Setiap Malam. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Sudah pasti ada di antara anak kita yang susah tidur awal setiap malam. Ada sahaja kerja dia untuk dia lakukan dan main. Dan saya percaya, pelbagai usaha ibu bapa lakukan untuk pastikan anak-anak tidur awal supaya tidur mereka cukup.
Di bawah ini kami kongsikan tips buat anda bagaimana 5 Cara Didik Anak Tidur Awal Setiap Malam. Kami harapkan tips ini bermanfaat. Jom baca…
Tips ini saya dah lupa dari mana sumber asalnya, tetapi saya save di file khas untuk rujukan. Kini saya kongsikan di blog khas untuk perkongsian dengan ibu-ibu yang mungkin memerlukannya dan panduan saya sendiri.
Memastikan anak tidur awal sangat penting terutama apabila anak sudah bersekolah. Tidur awal dan cukup akan membantu badannya mendapat rehat yang cukup, jadi anak akan lebih fokus di dalam kelas dan emosinya akan lebih stabil berbanding jika tidak cukup tidur.
Langkah-langkahnya merutinkan tidur anak ialah:
1.Tetapkan waktu tidur pukul berapa…ianya mestilah masa yang sama setiap hari.
2.Hentikan aktiviti/permainan anak 30 minit sebelum waktu tidur yang telah ditetapkan.
3.Suramkan lampu bilik anak anda.
4.Mandi, gosok gigi, baca buku atau bercerita ringkas setiap kali sebelum tidur adalah ‘clue’ bagi anak anda bahawa selepas itu dia perlu tidur.
5.Puji anak anda keesokan paginya kerana mematuhi waktu tidur.
Rutin di atas hendaklah dimulakan sejak anak memasuki peringkat ‘toddler’ (merangkak dan mula hendak bermain sendiri).
Jika anak mengalami masalah/gangguan ketika hendak tidur, amalkan :
- Surah Al-fatihah dan Ayatul Kursi sekali, dihembus ke seluruh badan anak.
- Surah 3 Qul, hembus ke tapak tangan anda, kemudian usap tubuh anak (3kali berturut-turut) .
Lebih baik diamalkan sebelum tidur setiap malam, termasuk doa hendak tidur dan bangun tidur di waktu pagi.
Bagaimanapun mungkin lain orang lain caranya. Saya pasti ramai ibu-ibu lain yang berjaya tidurkan anak awal dengan cara yang tersendiri. Jika sudi bolehlah kongsikan caranya ye! 🙂