5 Cedera Dalam Insiden Tembakan London | Lima termasuk dua kanak-kanak berumur antara tujuh dan 12 tahun cedera dalam satu kejadian tembakan di tengah London pada Sabtu.
Penyerang dilaporkan melepaskan tembakan dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak.
Kejadian berlaku pada 1.29 petang waktu tempatan di sekitar Gereja St Aloysius ketika upacara pengebumian sedang berlangsung di Euston, lapor Agensi Anadolu.
Polis dan anggota medik dari Perkhidmatan Ambulans London dikerah ke lokasi kejadian.
Polis Metropolitan memaklumkan bahawa tiga wanita – berumur 48, 54 dan 41 – dibawa ke hospital dan kecederaan mereka dinilai sebagai tidak mengancam nyawa.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun masih berada di hospital dan dilaporkan dalam keadaan kritikal, manakala kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang mengalami kecederaan ringan di kaki telah dibenarkan keluar.
Menurut kenyataan polis, tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.
Jalan berhampiran lokasi kejadian masih ditutup kepada lalu lintas setakat 9 malam.
Sumber: Sinar Harian
Artikel Lain
Kanak-Kanak 6 tahun Ditahan Tembak Guru Dalam Kelas
VIRGINIA: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditahan polis selepas dia didakwa dengan sengaja menembak guru darjah satu di sekolah rendahnya sehingga berada dalam kritikal.
Menurut laporan DailyMail.com, kejadian itu berlaku pada pukul 2 petang (waktu tempatan) kelmarin.
Polis Newport News menahan murid berkenaan dan dia berada di bawah jagaan mereka selain identitinya tidak didedahkan kepada umum.
Guru wanita yang belum dikenal pasti itu berusia 30-an dilaporkan ditembak di bahagian perut serta dibawa ke Pusat Perubatan Wilayah Riverside.
Ketua Polis Newport News , Scott Drew berkata, suspek yang ditahan itu merupakan kanak-kanak berusia enam tahun dan sekarang di bawah jagaan polis.
“Ini bukan satu kejadian tembakan tidak sengaja,” katanya dalam sidang akhbar semalam.
Katanya, kejadian itu berlaku di dalam kelas dan satu pertengkaran berlaku.
“Suspek tidak melakukan tembakan di sekitar sekolah. Tetapi membuat tembakan di kawasan tertentu (dalam kelas),” katanya.
Insiden itu berlaku di Sekolah Rendah Richneck, sebuah sekolah untuk kanak-kanak berumur lima hingga sembilan tahun.
Tiada kanak-kanak lain terlibat atau cedera dan polis kini berusaha untuk mengetahui bagaimana kanak-kanak itu mempunyai akses kepada pistol.
Sumber : UM
3 m@ut, 4 cedera Dalam Insiden Tembakan Di Kedai Kopi
3 m@ut, 4 cedera Dalam Insiden Tembakan Di Kedai Kopi | Sekurang-kurangnya tiga terbunuh manakala empat lagi cedera apabila seorang lelaki berusia 57 tahun menyerbu masuk ke sebuah kedai kopi di utara Rom dan melepaskan tembakan pada Ahad.
Menurut laporan media, lelaki itu dilaporkan mempunyai sejarah pertikaian dengan beberapa ahli lembaga pengarah.
Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni mengesahkan bahawa seorang daripada mangsa ialah Nicoletta Golisano, rakannya.
Menurut hantaran Meloni di media sosial, beliau harap keadilan akan dilaksanakan.
Laporan media mendedahkan bahawa penembak yang tinggal di tingkat bawah tanah telah menghantar beberapa aduan terperinci mengenai lembaga kondominium itu.
Menurut catatan Meloni di media sosial, suspek telah dinafikan permit untuk membeli pistol sebaliknya, dia menggunakan pistol yang disewa dari padang tembak.
Premis berkenaan telah ditutup dan siasatan sedang dijalankan.
Datuk Bandar Rom Roberto Gualtieri mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin selepas menyifatkan kejadian itu sebagai “episod keganasan yang teruk melanda bandar itu”.
Akses kepada senjata api dihadkan di Itali dan kejadian tembakan besar-besaran jarang berlaku.
Sumber: Astro Awani