5 Rumah Dengan Kisah Pembunuhan Yang Menyeramkan |Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua harini saya nak share kisah menyeramkan. Jadi mari lihat cerita penuh.
5. Rumah Pasangan Gila Bernie
Ini adalah sebuah rumah yang terletak di Perth, Australia bila bila pada tahun 1986 dua pasangan suami isteri David dan Catherine Bernie mengumpan seorang gadis untuk datang ke rumah mereka dengan alas an mereka mempunyai tayar murah untuk dijual kepadanya. Apabila wanita tersebut sampai ke rumah mereka, pasangan suami isteri ini kemudian memukul, mengikat dan merogol mangsa. Mereka kemudian membunuh wanita tersebut dan membungan mayatnya di kawasan hutan yang berdekatan.
Sehingga akhir tahun 1986 mereka membunuh 3 lagi wanita yang lain, aktiviti mereka didedahkan bila salah seorang mangsa, seorang gadis berumur 17 tahun Berjaya melepaskan diri dan menghubungi pihak polis.
4. Rumah Kuburan John Christie
Ini adalah sebuah rumah yang dikatakan rumah paling berhantu di London, bila rumah milik john Christie ini dijadikan tempat penyimpanan mayat yang dia culik dan bunuh. Rumah ini terletak di Notting Hill, London. Pada tahun 1940 sehingga awal tahun 1950 dahulu pembunuh bersiri john Christie menyembunyikan puluhan mangsa bunuhnya bukan sahaja mengubur mereka di sekeliling rumah tetapi juga menyemen mayat di dalam dinding, menyembunyikan mayat di dalam lantai rumah dan di atas siling.
Pada tahun 1953 dia telah ditahan apabila siasatan dilakukan john dipercayai membunuh 8 mangsa termasuk seorang wanita mengandung. Walaupun rumah tersebut telah dirobohkan dan rumah baru dibina diatas tapak yang sama, sejarah hitam kawasan teserbut masih lagi dikatakan menghantui kawasan sekeliling dan juga penduduk rumah baru.
3. Rumah Seksaan Ariel Castro
Ini adalah rumah Ariel Castro yang terletak di Cleveland ohio, di mana dia mengurung 3 wanita yang diculiknya pada tahun 2002 sehingga tahun 2004 yang pada waktu itu beurmur 14,16 dan 20 tahun. Mereka dikurung di situ berdekad dekad lamanya, mereka diseksa dan dirogol sehinggalah salah seorang daripada mereka mengandung anak luar nikah. Mereka hidup di rumah tersebut hanya dikelilingi oleh tingkap yang ditutup oleh papan kayu dan hanya terdapat lubang2 kecil untuk pengudaraan.
Tidak sehingga pada tahun 2013 salah seorang mangsa Berjaya melepaskan diri, apabila keluar dari rumah dia menjerit meminta bantuan di jalanan mengejutkan jiran jiran berdekatan. Apabila pihak polis dimaklumkan lelaki kejam dan gila itu telah ditangkap dan dipenjarakan. Namun begitu sebelum dia dibicarakan dia telah menggantung diri selepas 2 bulan dipenjarakan. Rumah ini telah dirobohnya disetai oleh sorakan jiran sekeliling.
2. Rumah Keluarga Gila Benders
Ini adalah sebuah kisah ngeri dan menakutkan yang berlaku di Kansas amerika syarikat dikenali sebagai rumah keluarga benders. Keluarga ini terdiri daripada 4 orang, john bender, Elvira bender, dan dua orang anak mereka john jr dan kate. Mereka akan mempelawa pengunjung yang melalui pekan mereka untuk dating ke rumah, kononnya untuk beramah mesra, sebaliknya mereka akan membunuh pengunjung2 tersebut dengan memecahkan kepala mereka dan memotong leher serta mencuri barangan milik mereka.
Apabila penduduk sekeliling mendapati banyak pengunjung yang hilang secara misteri mereka menjalankan satu perjumpaan tergempar untuk menyiasat apa yang sebenarnya terjadi, dan dua hari selepas itu keluarga bender juga hilang melarikan diri. Apabila rumah mereka disiasat terdapat bau busuk yang berpunca dari 11 mayat yang telah reput. Siasatan susulan mendapati yang keluarga ini telah malakukan 21 pembunuhan. Apabila mayat2 tersebut telah dikeluarkan, rumah itu dirobohkan dengan serta merta.
1, Rumah Kanibal Jeffrey Dahmer
Rumah Jaffrey Dahmer dikenali sebagai rumah kanibal, dan dia sendiri juga digelar sebagai The Milwaukee Kanibal. Dia telah didapati bersalah menculik 17 lelaki dan juga kanak kanak dan menahan mereka di rumahnya yang terletak di Milwaukee, Amerika Syarikat pada tahun 1978 sehingg tahun 1991. Dia kemudian akan membunuh mereka dan memakan daging mangsa.
Mengejutkan apabila pihak polis menyerbu rumah Jeffrey mereka menjumpai tulang temulang manusia, kepala manusia, jantung dan tubuh badan manusia yang lain disimpan di dalam peti sejuk. Selepas kejadian itu didedahkan jiran2 sekeliling mula berpindah keluar kerana mereka trauma dengan apa yang berlaku, dan pada tahun 1992 kawasan tersebut telah dirobohkan.
kredit: KupiKupiGo