Petua Hilangkan Migrain | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Sakit kepala bagi kebanyakan orang biasanya berpunca daripada kekurangan tidur, keletihan, cuaca yang panas, tekanan emosi dan haid. Terlebih stress juga boleh menyebabkan migrain. Memang ada banyak punca seseorang boleh kena sakit kepala.

Kalau anda selalu kena sakit kepala, cuba kurangkan pengambilan makanan tinggi MSG, kafein, alkohol, dan pemanis buatan. Selain mengambil ubat tahan sakit atau paracetamol / panadol, anda boleh cuba beberapa petua di bawah ini bagi mengurangkan rasa sakit.

1. Guna Ais

Menurut kajian yang dilaporkan oleh Healthline.com, meletakkan ais di sekeliling tengkuk atau pada bahagian yang sakit boleh membantu mengurangkan rasa sakit akibat sakit kepala atau migrain.

Selain di tengkuk, pek ais atau tuala sejuk juga boleh diletakkan di bahagian dahi untuk mengurangkan kesakitan.

2. Urutan

Urutan di bahagian leher, bahu dan dahi boleh melegakan dan akan mengurangkan ketegangan otot serta kesakitan yang dialami.

Anda boleh membuat urutan pada bahagian yang sakit bergantung pada jenis sakit kepala yang dihadapi, antaranya seperti dalam gambarajah di bawah ini.

3. Pudina

Menurut sebuah pemerhatian, menthol yang memberi aroma segar pada pudina membantu saraf dan otot-otot menjadi lebih relaks dan sekaligus mengurangkan rasa sakit kepala dengan berkesan.

Anda boleh menggunakan minyak pudina untuk disapu di sekitar dahi atau kepala. Atau anda juga boleh meminum teh pudina tanpa gula.

4. Halia

Menurut Healthline.com, halia mengandungi sejenis minyak yang mengandungi kompaun gingerol dan shogaols yang mempunyai ciri anti-keradangan dan melegakan kesakitan.

Seperti pudina, halia juga berkesan mengurangkan rasa loya serta mengurangkan simptom sakit kepala seperti migrain.

Gunakan hirisan halia atau serbuk halia untuk buat teh dan diminum. Boleh buang angin sekali!

5. Cuka Epal & Madu Asli

Bagi yang ada simpan madu asli dan cuka epal (apple cider vinegar / ACV), bolehlah gunakan petua ini.

Caranya, campurkan 1 sudu besar cuka epal dan 1 sudu besar madu asli ke dalam air suam. Seeloknya guna sudu plastik.

Baca selawat 3 kali dan terus minum. Kemudian bilas mulut dengan air masak sebab kuantiti asid dalam cuka epal ni agak tinggi. Boleh hilangkan rasa masamnya sekali. Kalau malas nak bilas mulut, boleh minum dengan straw.

Lepas minum terus tidur. Insha Allah lepas bangun tidur nanti, rasa sakit kepala terus hilang.

6. Minum Air Kosong

Bila seharian kita sibuk, mungkin kita tak perasan yang kita kurang minum air kosong. Antara kesan kurang minum air adalah dehidrasi dan ini boleh menjadi punca sakit kepala.

Air kosong dapat melancarkan pengaliran darah dan sekaligus membantu proses pengangkutan oksigen kepada tubuh. Secara tak langsung, badan akan berasa lebih segar dan sihat. Jadi, pastikan anda minum air secukupnya setiap hari ya.

7. Limau Kasturi

Antara petua orang lama ialah dengan menggunakan limau kasturi pada kepala. Belah dua, kemudian perah limau kasturi atas kepala sambil ramas-ramaskan rambut. Picitkan sedikit pada bahagian kepala yang rasa sakit.

Bila selesai, gunakan kulit limau tadi dan masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih untuk dijiruskan atas kepala. Insha Allah terasa ringan sikit kepala. Wangi pun wangi!

8. Daun Bunga Raya

Daun bunga raya memang terkenal sebagai petua sakit kepala oleh mak-mak kita sejak dulu lagi.

Caranya, ramas beberapa helai daun bunga raya bersama sedikit air sehingga ia mengeluarkan lendir. Lepas tu, lumur dan ratakan atas kepala. Rasa lega dan sejuk je kepala nanti.

9. Asam Jawa & Santan

Satu lagi cara yang boleh dicuba adalah menggunakan santan dan asam jawa. Tapis perahan asam dan campurkan bersama santan. Lumurkan ke seluruh kepala, bungkus dengan tuala dan biarkan seketika. Lagipun santan kelapa ni memang bagus untuk rambut kan?

Selepas beberapa minit, bilaskan rambut dengan air atau syampu. Mudah-mudahan sakit kepala berkurang dan dapatlah juga khasiat untuk rambut sekali. 2-in-1 gitu!

10. Mandi

Mandi pancuran air panas atau berendam dalam tab mandi adalah salah satu cara untuk meredakan sakit kepala juga.

Menurut penelitian, mandian ini ibarat heat therapy bagi pesakit migrain. Ia boleh membantu menghentikan isyarat rasa sakit kepada otak dan meningkatkan pengaliran darah bagi melegakan otot-otot yang tegang.

Jadi, cubalah mandi dulu dan lepas tu barulah rehat atau tidur sekejap supaya rasa sakit kepala dapat berkurang dengan lebih berkesan.

Sumber: Sirap Limau

Share.

Leave A Reply