‘Lama Kelamaan, Kami Dah Macam Satu Keluarga’, Pusat Kuarantin Dianggap Tempat Eratkan Hubungan | Siapa yang suka sekiranya diri sendiri ditimpa penyakit Covid-19. Penyakit seperti ini tidak boleh dibawa main kerana kesannya boleh membawa kepada maut. Namun, ujian dan dugaan itu daripada Allah dan pasti ada hikmah disebalik ujian yang diberikanNya.

'Lama Kelamaan, Kami Dah Macam Satu Keluarga', Pusat Kuarantin Dianggap Tempat Eratkan Hubungan

Johor Bahru: “Mula-mula masuk rasa seganlah, tapi dalam sehari dua saya dah dapat biasakan diri,” kata mak nyah dikenali sebagai Lala, 26, yang dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di Pasir Gudang, di sini.

Lala telah ditempatkan di PKRC itu pada 21 Mei hingga 29 Mei lalu selepas dia disahkan positif Covid-19.

Menurut Lala, ketika mula dia ditempatkan di situ, dia segan dan malu, namun lama kelamaan dia dapat menyesuaikan diri.

“Syukur alhamdulillah… kami semua dah macam satu keluarga. Tak ada yang menyakat, semua dah macam kawan dalam PKRC,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bercerita lanjut, Lala berkata, ketika mula-mula disahkan positif Covid-19, dia mengalami simptom seperti demam dan sakit kepala beberapa hari.

Katanya, apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan hendak menghantarnya ke pusat kuarantin, dia berasa sedih dan emosinya sangat terganggu.

“Mak (ibu) beri kata-kata semangat kepada saya. Apabila masuk pusat kuarantin, saya murung sekejap, duduk dekat katil sahaja.

“Sampaikan kawan di PKRC itu yang ambilkan makanan, alhamdulillah bila dah rapat dengan mereka, semua macam satu keluarga.

“Saya tenang dan bahagia sampai satu masa bila dah dibenarkan pulang, semua rasa sedih,” katanya.

Mengenai gambar dan video yang tular di media sosial, Lala berkata, dia tidak kisah mengenai pandangan negatif masyarakat.

Katanya, ada warganet yang baik dan mendoakan perkara positif buat dirinya.

Katanya, dia tidak kisah dengan pandangan negatif itu, malah dia mengambil komen berkenaan sebagai komen yang positif sahaja daripada memikirkan komen negatif yang dilemparkan oleh warganet terhadapnya.

Sumber: Harian Metro

 

Share.

Leave A Reply