Pengunjung Dikenakan Denda Jika Bawa Pulang Pasir Di Pulau Sardinia | Pengunjung kepada sebuah pulau terkenal di Itali, Sardinia dijangka bakal berdepan denda sebanyak AS$3,650 setiap seorang sekiranya jika terdapat sesetengah panganjung yang melanggar peraturan iaitu dengan membawa pulang pasir dan cengkerang yang ditemui di kawasan pantai terbabit.
Menurut pihak berkuasa menerusi laporan BBC, setakat baru-baru ini seramai hampir 41 orang pengunjung telah ditahan kerana didapati mencuri kira-kira seberat 100kg bahan berkenaan.
Hal ini kerana pasir tersebut merupakan antara pasir putih yang terdapat di pantai serta terkenal di seluruh dunia justeru ia menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang negara terbabit untuk membawa ia pulang.
Sejak tahun 2017, penjualan pasir putih, cengkerang serta batu di Sardinia telah diharamkan berikutan bagi menjaga ekosistem di pantai terbabit.
Memandangkan denda yang dikenakan adalah tinggi, penduduk di kepulauan tersebut dilihat tidak merungut sebaliknya memandang ia sebagai suatu usaha yang baik kerana kegiatan terbabit dilihat hanya merosakkan alam sekitar.
Pengunjung yang datang ke pantai tersebut, kebanyakan mereka datangnya dari negara Eropah selain mereka dilihat turut gemar membawa pulang pasir pulau berkenaan bagi diletakkan ke dalam botol sebagai tanda kenang-kenangan ataupun untuk dilelong di pasaran dalam talian.
Sumber: Astro Awani