Ibu Dipujuk 5 Beradik Untuk Terima Vaksin | Seorang warga emas yang juga merupakan ibu kepada lima orang anak telah bersetuju untuk menerima suntikan vaksin setelah berjaya dipujuk oleh kelima-lima orang anaknya. Beliau bersetuju setelah berkali-kali dipujuk oleh anak-anaknya.

Ibu Dipujuk 5 Beradik Untuk Terima VaksinMenurut Mohd Yusof Nordin, 50, selain daripada perlu memujuk ibunya  Pisah Busu, 84. Mereka turut menunjukkan bukti laporan media kepada ibu mereka mengenai warga emas yang tidak memiliki sebarang masalah kesiahatan telah menerima suntikan vaksin.

Menurutnya, ibunya agak keberatan untuk menerima suntikan vaksin pada awalnya namun setelah dia dan empat lagi adik beradik beterusan memujuk, akhirnya dia akur untuk menerima suntikan vaksin.Pelbagai penerangan mereka berikan kepada ibunya mengenai kebaikan vaksin serta memaklumkan bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Tambahnya lagi, ibunya itu sepatutnya mengambil suntikan vaksin pada pertengan bulan lalu namun terpaksa menangguhkannnya kerana kurang sihat. Ibunya juga dijangka menerima suntikan dos kedua pada 26 Jun ini, katanya ketika ditemui selepas menemani ibunya menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Masjid Tanah.

Sementara itu, menurut Pisah, dia amat bersyukur kerana diberikan vaksin berkenaan dan mengakui tidak mengalami sebarang kesan ketara selepas setengah jam disuntik. Dia turut berdoa agar diberikan kesihatan dan dijauhi daripada dijangkiti wabak ini.

Dalam pada itu, Abdul Ghaffar Abdul Karim, 75, berkata, dia bersyukur kerana diberikan peluang menerima vaksin berkenaan selepas mendaftar dua bulan lalu.

Tambahnya lagi, setiap penyakit itu datangnya dari Allah, dan kalau kita sihat pun, datang daripada-Nya juga tetapi kita wajib berusaha mencari ubat untuk mencegah penyakit,”.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply