79 Buah Sekolah Di Selangor Diarah Tutup Selama 2 Hari | Beberapa buah negeri telah mengambil keputusan untuk menutup beberapa buah sekolah berikutan terdapat kes Covid-19 yang membabitkan pelajar termasuk Selangor yang telah pun mengeluarkan kenyataan mengenai penutupan sekolah selama dua hari berikutan wujudnya kluster pendidikan yang menyebabkan kes Covid-19 bertambah.

79 Buah Sekolah Di Selangor Diarah Tutup Selama 2 Hari

Kuala Lumpur: Sebanyak 79 buah sekolah di Selangor diarahkan tutupĀ  selama dua hari bermula hari ini dan esok berikutan peningkatan kes Covid-19 yang membabitkan kluster pendidikan.

Penutupan sekolah terbabit disahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dan berdasarkan senarai dikeluarkan pihak berkenaan, sekolah ditutup membabitkan kawasan Hulu Langat, Petaling Perdana, Klang, Petaling Utama, Sepang, Gombak, Hulu Selangor serta Kuala Langat.

JPN Selangor menyenaraikan 18 sekolah berada di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana, PPD Hulu Langat (19) dan PPD Klang (15).

Turut diarahkan tutup ialah masing-masing sembilan buah sekolah di bawah PPD Gombak dan Petaling Utama, lima membabitkan PPD Hulu Selangor, manakala PPD Kuala Langat dan PPD Sepang masing-masing merekodkan dua sekolah.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kuala Langat, Mohd Jusni Hashim mengesahkan dua sekolah dalam pentadbirannya ditutup esok.

Minggu lalu, beberapa buah sekolah di negeri ini telah ditutup, selain Sekolah Menengah Sains Banting, Kuala Langat dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak sabtu lalu hingga 7 Mei depan setelah 71 pelajar telah disahkan positif Covid-19.

Sumber: Berita harian

 

Share.

Leave A Reply