TIPS: Cara Tanam Kesum Di Rumah | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Musim PKP ni, orang ramai mula menunjukkan bakat masing-masing. Disebabkan kita perlu berkurung di rumah, ramai yang mula membuat hobi baru dan tunjuk idea kreatif masing-masing.

kesum

Kali ini min nak tunjukkan tips cara bagaimana untuk tanam daun kesum sendiri di rumah anda. Cara ini anda tak perlu siram pun. Tinggal balik kampung berhari-hari pun dia masih segar elok. Tanam sendiri di rumah akan menyenangkan anda. Nak masak asam pedas ke, laksa ke lepas ni tak perlu pergi ke kedai, petik je di rumah sendiri. Jimat kos dan ruang. Orang yang tinggal di rumah yang tiada tanah pun masih boleh tanam.

Min akan tunjukkan cara seorang ibu ini tanam kesum hanya dalam pasu plastik dan baldi sahaja. Anda boleh meletakkan kesum itu dimana-mana ruang kosong di rumah anda ataupun bagi yang duduk di kondominium dan apartment anda boleh meletakkan di balkoni sahaja.

BAHAN-BAHAN

1 biji pasu

1 biji baldi saiz yang bersesuaian dengan pasu

Tanah lembap

Air

Keratan kesum

kesum

CARA-CARA

1.  Sediakan keratan kesum yang betul-betul matang dan keras dan lagi baik jika mempunyai sedikit tunas-tunas kecil dan sedikit berakar. Ia akan menyenangkan lagi proses pertumbuhan. Daun hendaklah ditinggalkan antara 3 ke 4 helai di bahagian pucuk. Keratan batang hendaklah di antara 3-4 inci.

kesum

2. Masukkan tanah lembap ke dalam pasu dan masukkan pasu tersebut ke dalam baldi yang telah diisi air.

Tanaman

3. Sediakan lubang untuk meletak kesum yang telah dipotong dengan kedalaman 2 inci. Anda boleh menggunakan jari atau kayu untuk membuat lubang tersebut.  Ia bertujuan supaya batang kesum tersebut tidak patah apabila dicucuk ke dalam tanah.

Tanaman

4. Tanam keratan daun tadi ke dalam lubang yang telah disediakan dan padatkan balik lubang tersebut supaya keratan daun tadi tidak jatuh.

Tanaman

Tanaman

5. Selesai tanam, letakkan baldi tadi di kawasan separa teduh supaya ia tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Apabila kesum tadi dah mula membiak barulah alhkan kesum tersebut di kawasan yang menerima cahaya matahari.

Tanam

Selepas ini, anda tidak perlu kalut lagi jika nak buat laksa tiba-tiba tengok daun kesum tiada. Anda boleh je petik di balkoni rumah anda.

 

Sumber: Cik Pooja

Share.

Leave A Reply