Trik Restoran Susun Atur Barang Yang Boleh Kita Ikuti | Berbekalkan pengalaman seorag wanita yang telah berkerja bertahun-tahun di dapur restoran, beliau telah berkongsi bagaimana cara restoran menguruskan barang-barang dapur. Susunan ini memang amat berbeza dengan cara kita di rumah kerana ia perlulah efisien dan senang dicapai.
1. Simpan bahan-bahan pantri yang kecil seperti rempah ratus dalam bekas deli.
Bekas plastik deli selalunya didatangkan dalam pelbagai saiz, murah dan boleh disusun kemas bertingkat-tingkat. Warna bekas yang jernih juga memudahkan anda melihat apa isinya. Di restoran, kami simpan segala macam bahan dalam bekas ini, termasuk serbuk kopi, dan ia membantu kami mencari apa yang diperlukan dengan cepat.
2. Masukkan bahan yang berat seperti gula dan tepung dalam bekas.
Di restoran, kami menggunakan bekas-bekas untuk menyimpan stok gula dan tepung. Cuma buka penutup dan keluarkan kuantiti yang diperlukan sahaja. Tapi untuk kegunaan rumah, anda boleh mencari bekas serupa yang sedikit kecil. Ia juga boleh disusun bertingkat-tingkat dan selamat dibasuh.
3. Amalkan F.I.F.O (First in, First out)
Untuk merekod stok keluar masuk di restoran memang sangat sukar tapi satu cara yang kami amalkan adalah F.I.F.O. Jadi susun barangan pantri atau peti sejuk anda dalam barisan. Letak stok baru di belakag stok lama. Jadi jika nak cepat, mestilah anda capai stok yang paling depan kan.
4. Wujudkan ruang selamat untuk menyimpan pisau bagi mengelakkan kerosakan.
Pisau berkualiti memang mahal, jadi tentu mengecewakan jika ia patah atau tersepih. Atasi dengan menggunakan penggantung magnetik aau bekas khas untuk pisau. Sentiasa ingat bahawa tidak semua bekas pisau sesuai utuk semua jenis pisau, ia sebenarnya direka mengikut saiz-saiz spesifik.
5. Gunakan span hijau yang tahan lasak untuk membasuh pinggan mangkuk.
anda tidak akan menemui span lembut di restoran kerana ia cepat kotor dan rosak. kami selalu menggunakan span penyental berwarna hijau ini kerana ia tidak mudah rosak walaupun selepas membasuh bekas pembakar keju atau kuali hangus. Ia juga murah dan tahan lasak daripada span basuh pinggan biasa.
6. Pastikan ada 2 papan pemotong.
Di dapur restoran, papan pemotong kami mempunyai warna berbeza yang mewakili kegunaan yang berbeza bagi mengelakkan kontaminasi atau pencemaran makanan. Tapi di rumah, anda perlu memiliki sekurang-kurangnya dua papan pemotong, satu untuk kegunaan memasak dan satu lagi untuk makanan manis. Jadi coklat anda tidak akan terasa bawang.
7. Susun ruang memasak anda seperti meja kerja.
Memasak juga adalah satu kerjaya. Jadi pastikan setiap peralatan diatur kemas agar memudahkan kerja anda. Gunakan tikar nonslip agar papan anda tidak bergerak dan pastikan semuanya dalam jangkauan tangan.
8. Gunakan rak besi untuk menyimpan.
Jika anda sedar, hampir setiap restoran memiliki rak besi, Terdapat banyak saiz rak di pasaran, tidak mahal dan mudah dipasang. Ketinggiannya juga mudah dilaras dan ia boleh dimuatkan di ruangan sempit.
9. Dapatkan peralatan di kedai industri.
Kedai yang membekalkan peralatan industri untuk restoran mempunyai pelbagai pilihan unik untuk dapur. Kebanyakannya tidak dijual di kedai biasa dan jauh lebih murah.
10. Jangan simpan barang makanan di tempat yang mudah panas.
Contohnya kabinet di atas dapur. Elakkan menyimpan makanan dalam tin di kawasan ini. Ia lebih sesuai untuk menyimpan pinggan mangkuk atau peralatan memasak. Di restoran, kami juga tidak menyimpan bahan kering berdekatan kawasan yang panas.
11. Belajar menyusun atur peti sejuk anda seperti di restoran.
Susun barangan di dalam peti sejuk anda dengan kemas dan teratur. Makanan yang perlu dimasak dengan suhu tinggi (ayam dan daging) perlu diletakkan di bahagian paling bawah untuk mengelakkan pencemaran. Jangan simpan bahan seperti herba atau sayuran hijau di bahagian paling dalam kerana di situ sangat sejuk. Kesejukan boleh membuatkan ia layu dan rosak dengan cepat.
12. Ruang di sebelah dapur memasak adalah untuk menyimpan sudu, sudip dan senduk.
Ia dapat menghadkan pergerakan anda semasa memasak. Jika semua keperluan ini disimpan berdekatan, tentu ia lebih memudahkan dan mempercepatkan.
13. Jangan letakkan barangan berat di atas rak teratas.
Susun barang-barang di atas rak megikut beratnya. Jangan sesekali meletakkan barang yang berat di bahagian paling atas. Anda pasti terkejut bila mengetahui proses memasak akan bertukar lebih mudah jika mesin pengisar makanan disimpan di bawah singki. Begitu juga barangan penting seperti periuk atau kuali.
Selain semua trik itu, wanita tersebut turut menyarankan supaya anda menggantung papan putih di dapur bagi mencatat inventori atau memo penting.
Sumber: NONA