13 Tempat Makan Best Western Di Gong Badak, Terengganu | Khalifah Media Networks – Jika anda bercadang untuk ke negeri Terengganu, sama ada atas urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Terengganu ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.

Disini kami memberi cadangan tiga belas pilihan tempat makan best western yang ramai review cakap sedap di Gong Badak, Terengganu. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 13 tempat makan best di Gong Badak ni.

1. THEPAYECAFE

Rasanya jika kita tanya orang Gong Badak, rata-rata sudah mengenali Restoran ThePayekCafe. Kedai ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan masakan ala barat serta masakan tempatan yang memang menyelerakan.

Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah Chicken Chop, Lamb Chop/Grill dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran ThePayekCafe dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat.

Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? Restoran ThePayekCafe menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : Lot 7825-3, Jln Gong Badak, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu. Kalau sesat boleh call 019-997 2774. Restoran ThePayekCafe ini mula beroperasi setiap hari seawal pukul 5.00 PM dan tutup pukul 11.30 PM.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/thepayekcafe/

2. BO’S CAFE AWOK ITER

Khas bagi penggemar western food dalam masa yang sama mahu menjamah aneka masakan lain, BO’s Cafe Awok Iter adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri moden. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat, restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik dan istimewa.

BO’s Cafe Awok Iter bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba pelbagai wastern food yang kelihatan sedap dan mengiurkan. Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran ini.

Banyak lagi menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran BO’s Cafe Awok Iter ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : Lot PT 35476-35477 ,Dataran Tembesu, Jalan Gong Badak, Kg Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu. Boleh juga telefon 013-948 6888 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan. Mula beroperasi pada pukul 1.00 PM – 1.00 AM.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/CikengCokAyang/

3. RESTORAN UFO

Seterusnya pilihan tampat makan yang best ini kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di Gong Badak. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di Restoran UFO ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.

Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe..Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah disini.

Anda pasti sangat selesa dan menyenangkan untuk menjamu selera. Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: Restoran UFO, jalan menghala ke UniSZA & UMT. Atau Sebarang pertanyaan boleh hubungi +6018-313 1348. Buka bermula pukul 12.00 pm hingga 11.59 pm. Jom bawa family, sedara mara, kawan-kawan makan disini.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/Restoran-UFO-769867386481555/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Gong Badak ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca jom kongsikan pada penggemar masakan barat yang lain.

Share.

Leave A Reply