13 Tempat Makan Best Western Di Tampin, Negeri Sembilan | Khalifah Media Networks – Jika tiba disesuatu tempat yang baru dikunjungi, perkara penting difikirkan dimana tempat menjamu selera. Sudah semestinya kita mahukan tempat makan yang sedap dan selesa untuk makan kan?
Usah runsing, disini ada 13 pilihan kami cadangkan pada anda tempat makan best western yang boleh tahan sedap di Tampin, Negeri Sembilan. Apalah salahnya andai mencubanya jika sudah berdekatan dengan tempat penginapan anda kan? Mari kita ketahui dengan lebih lanjut 13 tempat makan best di Tampin ini.
1. ELL BISTRO
Rasa bosan dengan makanan melayu? Sekali sekala apa salahnya cuba makan makanan berkonsepkan barat yang sedap. Datanglah ke ELL Bistro kerana di sana terdapat masakan ala barat yang boleh anda nikmati. Antaranya ialah aneka western food dan banyak lagi. Anda akan rasa berbaloi makan di restoran ini kerana harganya yang setanding dengan rasanya.
Jom lihat beberapa gambar menu yang dihindangkan, mana tahu anda terasa nak mencubanya nanti. Ayuh cuci mata dengan aneka sajian barat dibawah ini.
Ada bermacam lagi menu hebat yang disediakan. Jika anda rasa teringin untuk berkunjung ke restoran ELL Bistro ini, boleh ikuti alamat : Tampin Tengah, 73000 Tampin, Negeri Sembilan (Sebelah Ang Trading Used Car). Nak mudah boleh waze – Ell Bistro. Nombor Telefon: 013-688 9877. Waktu Operasi bermula pukul 6.00 pm – 1.00 am. Setiap hari khamis tutup.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/ellbistro/
2. BROTHERZ FOOD
Teringin hendak makan makanan barat? Tercari-cari restoran makanan barat di area Tampin ini? Saya cadangkan anda untuk pergi ke BrotherZ Food. Bila anda makan di sini tidak rugi rasanya jika mencuba masakan ala barat yang disediakan. Menu lain juga tidak kurang hebatnya dengan sekali suapan sahaja sudah terasa sedapnya. Datanglah ke BrotherZ Food ini bagi memenuhi tekak anda yang inginkan makanan ala barat serta masakan tempatan.
Jom lihat gambar-gambar antara hidangan menarik yang ada di restoran BrotherZ Food ini. Anda pasti kecur liur melihat.
Rasanya bila lihat gambar ini pun dah tahu memang sedap kan? Kalau berhajat nak singgah ke, ini alamat yang perlu anda ikut : No 11 Pusat Komersial Delima Indah,Taman Indah, 73000 Tampin, Negeri Sembilan. Kalau nak senang waze atau google maps – BrotherZ Food. Atau boleh call nombor telefon: 013-676 2983. Waktu Operasi: 5:00 PM – 11:00 PM.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/brotherzfood/
3. SUNDAY CAFE TAMPIN
Bagi yang mencari makanan barat, boleh lah ke restoran ini. Sunday Cafe Tampin menyediakan pelbagai makanan barat dan tempatan untuk disajikan. Peminat makanan barat yang lain, pastikan anda singgah makan di sini dalam suasana santai dan cozy. Restoran ini memang cantik dihiasi dengan gaya binaan dari buluh memang terasa selesa untuk jamu selera. Memang recikk habis. Jom cuci mata tengok beberapa gambar menu hebat lain yang mengiurkan.
Ini lokasi restoran Sunday Cafe Tampin untuk maklumat anda : No.950-951, Taman Sri Intan, 73000 Tampin, Negeri Sembilan (Shop-lot Behind Giant Tampin). Boleh waze atau google maps – Sunday Cafe Tampin. Boleh juga hubungi nombor ini 06-441 4623 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Mula beroperasi pada pukul 11.00 pm – 11.00pm. Jika berhajat untuk membawa ahli keluarga ke sini nanti bolehlah membuat perancangan awal kan.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/sundaycafetampin/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Tampin ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Jom kongsikan artikel ini pada yang lain juga.. Semoga bermanfaat.