13 Tempat Makan Best Western Di Batu Berendam, Melaka | Khalifah Media Networks – Korang sentiasa berkunjung ke Melaka, sama ada atas urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Melaka ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.

Disini kami memberi cadangan tiga belas pilihan tempat makan best western yang ramai review cakap sedap di Batu Berendam, Melaka. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 13 tempat makan best di Batu Berendam ni.

1. MR STEAK HOUSE

Rasanya jika kita tanya orang Batu Berendam, rata-rata sudah mengenali restoran Mr Steak House. Kedai ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan masakan ala barat serta masakan tempatan yang memang menyelerakan.

Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah Chicken Chop, Lamb Chop dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran Mr Steak House dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat.

Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? Restoran Mr Steak House menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : NO. 32 JALAN LAGENDA 8, TAMAN LAGENDA, 75400 MELAKA. (TEPI TESCO / AEON MELAKA SENTRAL). Kalau sesat boleh call 017-249 0763. Restoran Mr Steak House ini mula beroperasi setiap pukul 12.00 PM dan tutup pukul 12.00 AM, dibuka setiap hari.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/mrsteakhousemelaka/

2. D’APPLE CAFE

Khas bagi penggemar western food dalam masa yang sama mahu menjamah aneka masakan lain, D’Apple Cafe cawangan Bandaraya Melaka adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri moden. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat, restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik dan istimewa.

D’Apple Cafe bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba pelbagai wastern food yang kelihatan sedap dan mengiurkan.

Menu Istimewa disini adalah Chicken Chop Cheese Meleleh, Chicken Chop / Lamb Sizzling Hot Plate, Chicken Chop Mushroom, Nasi Goreng Lamb / Chicken Chop Sizzling, Spaghetti Bolognese dan Ayam Goreng D’Apple.Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran D’Apple Cafe ini.

Banyak lagi menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran D’Apple Cafe ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : No. 19, Jalan Lagenda 3, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka (Sebelah AeonMall Bandar Melaka). Boleh juga telefon 012-989 2064 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan. Masa operasi 12.30 Ptg – 11.00 Mlm. Dibuka setiap hari.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/DApple-Cafe-Restaurant-Tmn-Lagenda-1859537334313321/

3. FLOYDS KITCHEN

Seterusnya pilihan tampat makan yang best, ini pula kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di Batu Berendam. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di Floyds Kitchen ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.

Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe… Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah disini.

Anda pasti sangat selesa dan menyenangkan untuk menjamu selera di Floyds Kitchen. Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: No 5, Jalan Lagenda 3, Taman 1-Lagenda, 75400 Melaka. Atau nak mudah search ja guna waze atau google maps – Floyds Kitchen. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-202 4742. Jom datang bawa bersama family, sedara mara, kawan-kawan untuk mencuba makanan di restoran Floyds Kitchen ini. InshaAllah puas hati.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Floydskitchen/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Batu Berendam ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Sudah baca, jom sama-sama kongsikan artikel ini pada penggemar masakan barat yang lain juga. Semoga bermanfaat!

Share.

Leave A Reply