Belasah madu menggunakan payung | Kebanyakan remaja pada usia yang masih muda dinihari pastinya sedang menyibukkan diri mereka dengan menyambung pelajaran di mana-mana universiti mahupun kolej.

Namun, sebaliknya yang berlaku tehadap seorang remaja perempuan yang berumur 19 tahun,penuntut kolej tahun satu telah disaman atas jenayah yang telah dilakukan bersama ibunya dengan tindakan menyerang madu ibunya dan memukul menggunakan payung.

Belasah madu menggunakan payung

Mereka dihukum selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan. Berdasarkan fakta kes, Suriyawati Jusof, 43, bersama anak keduanya dan seorang anak lelaki telah pergi ke rumah mangsa dan tiba-tiba memukul madunya iaitu isteri pertama dengan menggunakan payung.

Mangsa juga dikatakan disepak sehingga terjatuh dan cedera pada siku serta tangan kerana terkena tar jalan. Kejadian yang berlaku itu juga katanya disaksikan oleh suami mereka dan jiran tetangga.

Susulan itu, remaja perempuan yang berusia 19 tahun sekaligus penuntut kolej tahun satu itu dikenakan bon jaminan berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM1,000 atau setahun penjara. Manakala ibunya, Suriyawati telah didenda RM500 atau enam bulan penjara jika gagal bayar denda.

“Ibu terjah, awak pun terjah,” tegur hakim Majistret Kamarul Hasyimie kepada gadis berusia 19 tahun tersebut atas perlakuannya.

Berdasarkan pertuduhan tersebut, mereka kemudian didakwa secara bersama-sama dengan sengaja kerana menyebabkan kecederaan terhadap isteri pertama, Roslina Abdullah, 35, di alamat Taman Guru Kem Desa Pahlawan Kok Lanas, Kota Bharu pada jam 10.40 malam pada 11 Januari lepas.

Selain itu, hakim juga sempat menegur perbuatan dua beranak terutama kepada si ibu yang mengheret anaknya yang masih belajar dalam masalah tersebut.

“Sekarang ini macam mana? Baru tahun pertama masuk kolej, perjalanan hidup masih jauh.

“Kenapa perlu ikut perbuatan ibu? Kalau ada rekod, mesti menjejaskan masa depan,” katanya.

Dakwaan kes ini dilakukan atas Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika disabitkan dengan kesalahan.

Sumber : Sinar Harian, Lobak Merah

 

 

 

 

 

Share.

Leave A Reply