Padah Lakukan Hubungan Terlarang,Penzina Dihukum Sebat 100 Kali | Ikut hati mati, ikut rasa binasa itulah kata-kata yang sesuai untuk mengambarkan situasi pasangan ini apabila mereka menjalinkan hubungan yang terlarang atas dasar saling mencintai antara satu sama lain dan apa yang lebih memburukkan keadaan apabila kedua-duanya mempunyai pasangan sendiri.

Padah Lakukan Hubungan Terlarang,Penzina Dihukum Sebat 100 Kali

Banda Aceh: Hanya kerana terlalu mengikut hawa nafsu satu pasangan kekasih yang juga merupakan suami dan isteri orang menerima padah apabila kedua-duanya dihukum sebat sebanyak 100 kali di Aceh.

Pesalah lelaki yang merupakan seorang penjawat awam berusia 43 tahun itu sanggup untuk menduakan isterinya apabila ia menjalinkan hubungan terlarang dengan seorang wanita yang juga bekerja sebagai kakitangan pembersihan.

Hukuman sebat berjalan dengan lancar meskipun kedua-dua mereka kelihatan menahan sakit. Malah pesalah lelaki berkali-kali meminta petugas sebat itu untuk berhenti menyebatnya sebentar.

Ketika berbaki lagi 20 sebatan pesalah lelaki tidak dapat lagi menahan sakit sehingga ia mencangkung dan meminta minuman.

Kedua-dua mereka menjalani hukuman tersebut di Pusat Islam Aceh Tamiang berdasarkan keputusan Mahkamah Syariah Kuala Simpang pada 22 Mac lalu yang memutuskan keduanya dihukum sebat 100 kali.

Pasangan itu bersalah kerana telah melanggar Seksyen (1) (2 dan 3) Kanun Aceh 6/2014 Akta Jenayah.

Pasangan terbabit ditahan oleh pihak berkuasa di pintu masuk Taman Kualasium pada 25 Januari lalu setelah kedua mereka mengaku mempunyai hubungan istimewa sejak setahun yang lalu meskipun masing-masing sudah mempunyai keluarga.

Selain pasangan itu, seorang lagi pesalah yang berusia 52 tahun turut menjalani hukuman sebat sebanyak 18 kali selepas tempoh tahanannya dipendekkan.

Ketua Pejabat Syariah Islam Aceh Tamian, Syamsul Rizal berkata, pesalah akan menjalani pemeriksaan terlebih dahulu sebelum dijalankan hukuman.

“Selepas disahkan stabil, baru proses hukuman dilakukan,”katanya.

Katanya, hukuman pertama dijalankan pada 11 Januari lalu membabitkan 11 pesalah.

Sumber: Metro

 

Share.

Leave A Reply