Bakal Jemaah Haji Malaysia Tahun Ini Akan Disuntik Vaksin Pfizer-BioNTech Atau AstraZeneca | Mengerjakan haji semestinya menjadi keinginan buat umat islam kerana pada masa yang sama mereka dapat mengunjungi rumah tuhan bagi umat Islam. Mengerjakan haji juga merupakan salah satu rukun islam yang perlu dilaksanakan bagi yang berkemampuan. Namun ibadah haji ini sudah tertangguh sejak setahun yang lalu disebabkan oleh wabak covid-19.

Bakal Jemaah Haji Malaysia Akan Disuntik Vaksin Pfizer-BioNTech Atau AstraZeneca

Namun pada tahun ini, rakyat Malaysia sekali lagi telah diberi peluang untuk mengerjakan ibadah haji mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Jemaah Malaysia yang terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun ini akan menerima suntikan vaksin yang telah diiktiraf oleh Arab Saudi iaitu Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkaitan perkara itu.

Menurut Dr Zuklifli, semua jemaah akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech sekiranya bekalan mencukupi. Sekiranya tidak, vaksin AstraZeneca akan digunakan,  katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan Tabung Kebajikan Hospital Wilayah Persekutuan di Hospital Kuala Lumpur semalam.

Apabila disoal berkenaan perkembangan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ibadah haji dan umrah, Zulkifli berkata, perkara itu akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN), selepas kerajaan Arab Saudi membuat keputusan berkaitan pelaksanaan ibadah itu. Arab Saudi ketika ini belum membuat sebarang keputusan mengenai ibadah haji dan umrah musim ini dan negara itu hanya mengiktiraf vaksin COVID-19 jenama Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply