Mayat Reput Tergantung Pada Dahan Pokok Hampir Sebulan

| May 3, 2021 | 0 Comments

Mayat Reput Tergantung Pada Dahan Pokok Hampir Sebulan | Kebelakangan ini, kejadian yang tidak diduga sering berlaku tidak kira masa dan tempat. Kejadian yang baru berlaku semalam dikatakan mayat seorang lelaki reput yang ditemui tergantung pada dahan sebatang pokok.

 

Setiu: Mayat lelaki tersebut ditemui di kawasan belukar di Kampung Alor Lek di sini, semalam dan disahkan sebagai seorang mekanik yang telah hilang hampir sebulan lalu. Identiti mayat lelaki berusia 34 tahun itu telah disahkan bapanya berdasarkan penemuan dokumen pengenalan diri, pakaian serta motosikal Honda Ex5 miliknya di lokasi kejadian.

“Kali terakhir saya dan penduduk di Kampung Hulu Sat, Hulu Terengganu melihat anak lelaki saya ialah pada 8 April lalu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Lelaki yang berusia 60 tahun itu berkata, anak lelakinya sebelum ini mempunyai sejarah penyakit mental dan pernah dirawat di Hospital Hulu Terengganu pada tahun 2016.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superitendan Afandi Hussin berkata, pemeriksaan awal pakar patalogi Hospital Sultanah Nur Zahirah,  Kuala Terengganu telah mengesahkan bahawa mangsa sudah meninggal dunia lebih sebulan yang lalu.

Beliau berkata, setakat ini, kematian mangsa telah diklasifikasikan sebagai kematian yang mengejut namun siasatan lanjut masih diteruskan sehingga pihaknya menerima keputusan penuh hasil dari bedah siasat.

Menurut laporan Kosmo, hari ini melaporkan beberapa penduduk Kampung Hulu Sat yang masuk ke kawasan belukar untuk mencari rakan mereka hilang sejak hampir sebulan lalu gempar apabila terserempak dengan  mayat seorang lelaki di Kampung Alur Lek.

Sumber: Kosmo

Tags: , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *