Pengorbanan Seorang Ibu, Sara Bayi Berkepala Besar Di Gua Musang | Kasih ibu tiada taranya, begitulah kata pujangga yang dapat menggambarkan pengorbanan seorang ibu yang tinggal di Kampung Batu 2 selepas dia dikatakan sedang menjaga seorang bayi perempuan dipercayai menghidap penyakit Hydrocephalus atau lebihan cecair di bahagian otak dan mulut sumbing.

Pengorbanan Seorang Ibu, Sara Bayi Berkepala Besar Di Gua Musang

Ibu yang dikenali sebagai Wan Rosnani Wan Yusof, 41 memberitahu bahawa doktor telah mengesahkan anaknya  menghidap penyakit tersebut sejak enam bulan di dalam kandungannya. Kini, bayi yang sudah menginjak ke usia lima bulan itu terpaksa disuap susu menggunakan tiup setiap 3 jam beserta rawatan insentif di Hospital Gua Musang.

Menurut Wan Rosnani menerusi Awani, anaknya kerap menangis pada malam hari kerana menahan kesakitan akibat daripada penyakit yang dihidapi. Doktor dikatakan tidak boleh berbuat apa-apa pembedahan kerana ia membawa risiko yang tinggi terhadap nyawa bayi tersebut kerana perlu hidup bergantungkan kepada mesin selepas pembedahan dijalankan.

Kisah pengorbanan seorang ibu ini telah mendapat perhatian ramai terutamanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Mohd Syahbuddin Hashim selepas beliau turut menzahirkan rasa prihatin terhadap nasib yang menimpa bayi tersebut.

Jelas beliau, beberapa bantuan akan diberikan kepada keluarga ini termasuk membela nasib bayi istimewa yang terpaksa memakan kos yang mahal bagi mendapatkan rawatan. Beliau turut menyatakan bahawa akan cuba meminta bantuan daripada kerajaan atau pihak lain bagi membantu dalam merawat penyakit anak kesembilan Wan Rosnani ini.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply