Nenek Umur 71 Tahun Ketagih Angkat Benda Berat | Kebiasaannya bagi seorang warga emas terutamanya yang berusia 70-an ke atas lebih selesa untuk berehat dan melakukan aktiviti ringan sahaja bagi mengelakkan diri mereka mengalami sakit di bahagian badan berikutan tulang yang rapuh seiring usia. Namun berbeza buat nenek berusia 71 tahun ini apabila ia mempunyai hobi yang pelik iaitu mengangkat benda-benda berat.
Seorang wanita dari Trumbull, Connecticut yang dinobatkan sebagai salah seorang nenek terkuat di dunia mengaku menghabiskan masa selama 20 jam seminggu di gimnasium.
Mary Duffy yang mula bergiat dengan gimnasium untuk tujuan menurunkan berat badannya pada usia 59 tahun menjadi ketagih untuk mengangkat beban.
Kata Duffy, meskipun dia mampu mengangkat lebih banyak berbanding apa yang boleh diangkat oleh lelaki yang separuh daripada usianya, dia sering diberitahu bahawa dia sudah terlalu tua untuk bersenam di gimnasium.
Namun, dia berjaya menyangkal dakwaan itu apabila ia berjaya memecahkan rekod dunia dengan mengangkat beban sebanyak 113 kilogram yang lebih berat daripada seekor anak gajah baru-baru ini.
Menurutnya, dia mula serius ke gimnasium kira-kira 10 tahun yang lalu selepas dia sedar berat badan telah naik dan ketika berat badan dirinya sudah mencapai berat ideal, dia menyedari bahawa dirinya sudah mula ketagih untuk mengangkat benda beban dan membina otot.
Tambah Duffy, dia tidak akan berhenti melakukan latihan mengangkat beban kecuali jika keadaan memaksa seperti faktor kesihatan.
Sumber: Kosmo