Yayasan Jamin Lancarkan Projek Waqaf 10,000 Terompah Masjid

| May 3, 2021 | 0 Comments

Yayasan Jamin Lancarkan Projek Waqaf 10,000 Terompah Masjid | Yayasan Jamin telah melancarkan projek mereka yang terbaru itu projek waqaf terompah masjid. Sebanyak 10,000 pasang terompah akan diwaqafkan di masjid seluruh negara.

Yayasan Jamin Lancarkan Projek Waqaf 10,000 Terompah Masjid

Penaungnya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, menerusi Projek Waqaf Terompah Masjid, ia memberi peluang kepada umat Islam menyemai saham akhirat di samping memberi keselesaan kepada jemaah masjid menggunakan terompah untuk berwuduk atau pun beristinjak.

Hari ini Yayasan Jamin telah berjaya serta dapat memulakan projek dengan mewaqafkan terompah ke masjid-masjid. Projek itu dimulakan di Kundang, kuang dengan sebanyak 1000 pasang terompah telah berjaya di waqafkan di sekitar kawasan itu termasuk di Sungai Buloh.

Yayasan Jamin Lancarkan Projek Waqaf 10,000 Terompah Masjid

Sambutan bagi projek itu juga hangat kerana kawan-kawan dan juga beberapa pertubuhan NGO turut berminat dengan projek yang dilancarkan. Kini terdapat lagi 9,000 terompah untuk diedarkan ke masjid seluruh negara.

Mereka menyasarkan 10,000 terompah ini akan berjaya diedarkan dalam tempoh 3 bulan. Ditanya kenapa terompah menjadi pilihan untuk projek waqaf, Sohaimi menjelaskan, idea itu tercetus ketika beliau menyaksikan seorang warga emas tergelincir ketika hendak mengambil wuduk di masjid.

Kebanyakan selipar yang ada di masjid cepat haus dan licin, maka selipar itu amat merbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan. Sejak melihat seorang pakcik tergelincir, tercetus ideanya untuk untuk melaksanakan projek waqaf terompah. Ini kerana terompah bersifat tahan lama, berkualiti, tidak licin dan selamat digunakan.

Terompah juga merupakan sesuatu yang unik malahan ia merupakan seni warisan kita. Denagn terlaksananya projek sebegini, kita juga boleh mengelakkan terompah ini daripada terus pupus ditelan arus kemodenan. Oleh itu mereka mencuba sesuatu yang baru dan lain dengan melaksanakan projek waqaf terompah.

Sumber: Malaysia Gazette

Tags: , , ,

Category: AGAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *