Bagi Anak Hisap Vape, Wanita Minta Netizen Jangan Masuk Campur | Pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya seringkali diguna pakai dalam mendidik anak-anak agar menjadi seorang yang berguna apabila dewasa kelak. Bahkan, anak-anak ini perlu dibesarkan dengan kasih sayang dan nilai akhlak yang baik sebagaimana acuan begitulah bentuknya.
Tular baru-baru ini satu video di laman Facebook yang memaparkan seorang budak kecil tidak berbaju sedang menghisap rokok elektronik (vape) itu sambil dihulurkan oleh bapanya tanpa rasa bersalah. Difahamkan lagi, melalui percakapan ibunya, sudah tiga kali budak itu melakukannya namun, ibu bapanya membiarkan sahaja kelakuan anak mereka.
Ekoran dari video tersebut, secara tidak langsung telah membangkitkan amarah dalam kalangan warganet.
Sementara itu, difahamkan wanita yang dipercayai sebagai ibu kepada kanak-kanak itu telah memuatnaik instastory menerusi laman instagram miliknya. Menerusi video tersebut dapat dilihat ‘reaksi’ kanak-kanak kecil itu yang seolah-olah terpaksa menghisap rokok elektronik itu berulang kali setelah diberikan oleh ibunya.
Bagaimanapun, setelah perkongsiannya ditegur oleh orang ramai, ibunya bertindak memuat naik satu kenyataan bagi membidas segala kecaman-kecaman netizen yang marah akan tindakannya itu. Bahkan, dia turut memberikan peringatkan mesra kepada netizen supaya tidak mencampuri urusannya. Namun, sehingga kini tiada sebarang maklumat tambahan berhubung kejadian itu.
Sementara itu, bapanya sudah meminta maaf dengan memuat naik beberapa ‘posting’ di Facebook dan mengakui perbuatannya itu hanya satu gurauan.
lepastu dia post kat fb macamni ?? https://t.co/n6QdgvESod pic.twitter.com/rkFG9OELyR
— 𝐍𝐚𝐝𝐝𝐲 🌻 (@amyranadyaa) May 4, 2021
Sumber: OhBulan