Sanggup Dayung Perahu Untuk Pulang Ke Kampung Halaman

| May 3, 2021 | 0 Comments

Sanggup Dayung Perahu Untuk Pulang Ke Kampung Halaman | Sebelum ini kerajaan Indonesia telah mengumumkan bahawa semua  rakyat negara itu tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung pada hari raya untuk mengelakkan penularan Covid-19 dari terus menyebar. Oleh itu, terdapat pelbagai cara kreatif yang cuba dilakukan oleh rakyat sana untuk memastikan mereka berjaya sampai ke kampung.

Sanggup Dayung Perahu Untuk Pulang Ke Kampung Halaman

Jakarta: Baru-baru ini penduduk di negara itu menemui satu cara baru untuk pulang ke kampung bagi menyambut hari perayaan Aidilfitri iaitu dengan cara mendayung sampan menyeberangi Sungai Citanduy di Jawa Barat.

Mereka melakukan ini untuk mengelak daripada sekatan jalan raya yang dijalankan pihak berkuasa negara itu.

Ketua kampung berdekatan iaitu Desa Sidaharja, Maman Suparman berkata pihaknya tidak membenarkan warganya menggunakan laluan Sungai Citanduy untuk pulang berhari raya di kampung.

Menurutnya, orang ramai sudah mula menggunakan perahu atau rakit sebagai alternatif daripada melintas Jambatan Manganti yang dikawal pihak polis.

Tambahnya, laluan sungai itu bukan hanya dari satu kawasan.

Berdasarkan pemerhatiannya, terdapat sekurang-kurangnya lima laluan air yang menggunakan rakit atau bot kecil.

Orang ramai memilih menggunakan laluan sungai untuk lebih cepat sampai di destinasi, menjadikan ia bukan hanya digunakan warga Lakbok tetapi juga warga Tarisi, Wanareja dan Cilacap.

Kata Maman, sehingga kini semakin ramai orang yang menggunakan laluan antara daerah Jawa Tengah digunakan pelancong.

Tambahnya, waktu operasi perjalanan laluan sungai juga sudah dibuka selama 24 jam, menjadikan bilangan penduduk yang mahu pulang melalui jalan sungai semakin bertambah.

Sumber: Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *