Video Janda Berebut Anak Dengan Bekas Suami Buat Ramai Sedih | Tiada siapa yang inginkan masjid yang dibina berakhir di pertengahan jalan. Namun tiada siapa mampu melawan suratan takdir sama seperti wanita ini yang telah bercerai dengan suaminya. Tetapi perpisahan itu tidak berakhir dengan baik buat dirinya.

Video Janda Berebut Anak Dengan Bekas Suami Buat Ramai Sedih

Sebagai seorang ibu yang mengkandungkan zuriatnya selama 9 bulan dan menahan operitnya melahirkan semestinya ingin sentiasa ada bersama dengan anaknya. Namun setelah berpisah dengan bekas suami, wanita yang telah bergelar janda ini tidak diberikan peluang untuk bertemu dengan anaknya sendiri oleh bekas suami.

Berdasarkan sebuah video, dapat dilihat wanita itu membawa anaknya masuk ke dalam sebuah kereta sambil menangis. Kelihatan juga bekas suaminya seolah-olah tidak membenarkan si anak untuk mengikut ibu kandungnya.

Berdasarkan kapsyen video yang dimuatnaik, dia mengatakan bahawa dia bukanlah seorang janda yang bahagia. Ini kerana amat susah untuk dia bertemu dengan anaknya sendiri disebabkan oleh bekas suaminya yang tidak membenarkannya untuk bertemu dengan anak-anak. Dia turut mengatakan bahawa anak-anak juga hampir tidak mengenali beliau sebagai ibu mereka.

Masalah hak penjagaan anak sering menjadi punca pergaduhan yang besar antara bekas suami dan isteri. Tambahan lagi jika bekas pasangan jenis susah untuk memberikan kerjasama dan hanya mementingkan diri sendiri, yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang tidak berdosa.

Video Janda Berebut Anak Dengan Bekas Suami Buat Ramai Sedih

Berdasarkan komen yang diterima, rata-rata warganet berasa sedih dan simpati terhadap nasib yang menimpa wanita itu. Ramai juga diantara mereka yang memberikan dorongan  semangat agar dia terus kuat menghadapi hari-hari mendatang.

@chetah_95kami mintak maaf nah hampa,kami terpaksa padam vidio tu..sbb ibu adik berbaju merah tu mintak padam..kalau sy x padam fmly dia nak saman malu dekat sy♬ bunyi asal – @Chetah_Shita

Walau bagaimanapun dia telah membuat permohonan maaf kerana video yang dimuatnaik di aplikasi tiktok itu terpaksa dipadam kerana terdapat pihak ketiga yang memintanya untuk memadamkan video tersebut bagi mengelakkan beliau dikenakan saman malu.

 

Sumber: Says

Share.

Leave A Reply