Terselamat Dari Kemalangan, Lelaki Dirikan Solat Dan Sujud Syukur | Kemalangan jalan raya merupakan salah satu perkara yang ditakuti ramai. Hal ini kerana ia boleh mengakibatkan kita mengalami kecederaan yang teruk bahkan mampu untuk membuat kita terbunuh. Oleh itu, kita perlu sentiasa bersedia dan berdoa supaya sepanjang perjalanan kita tidak ditimpakan sesuatu yang buruk.
Seperti kejadian kemalangan yang melibatkan seorang lelaki di negara Turki yang menjadi bualan hangat pengguna media sosial.
Berdasarkan foto-foto yang tular, kemalangan itu dipercayai berlaku di wilayah Aydin, bertempat di satu kawasan jalan raya yang berbukit dan agak sepi daripada tumpuan awam, manakala mangsa pula melibatkan seorang lelaki dewasa.
Melalui foto terbabit juga dapat dilihat kereta berwarna kelabu yang dinaikinya didapati remuk di bahagian pintu kiri dan cermin depan. Mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas.
Walaubagaimanapun, mangsa terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Namun apa yang menyentuh hati orang ramai ialah lelaki terbabit dilihat mendirikan solat dan melakukan sujud syukur di hadapan keretanya dan ketika itu pasukan penyelamat sudah pun tiba di lokasi kejadian bagi tindakan lanjut.
Berdasarkan kapsyen Twitter oleh TurkMedia, lelaki itu mendirikan solat dan sujud syukur kepada Allah SWT kerana dirinya masih diberi peluang untuk hidup dan terselamat dari kemalangan itu.
بالصور | في #تركيا.. شخص تعرض لحادث مروري في ولاية ايدين ولكنه نجا من الموت فتوجه لاداء صلاة الشكر لله لانه نجا من حادث مميت#ترك_ميديا pic.twitter.com/HKAkUn13CW
— TurkMedia ترك ميديا (@turk_media) May 5, 2021
“Seorang insan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Aydin, tapi tidak tercedera dan terkorban. Jadi dia dirikan solat untuk mengucapkan rasa bersyukur kepada Allah kerana dia terselamat dalam nahas itu,” lapor ciapan tersebut.
Foto-foto yang tular terbabit kemudian mendapat pujian orang ramai kerana tindakan lelaki tersebut yang dilihat tidak melupakan penciptanya setelah terselamat dari kemalangan terbabit.
Sumber: TurkMedia