‘Masyarakat Dunia Diminta Tekan Israel’- Duta Palestin | Berikutan serangan yang dilakukan oleh tentera zionis terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa, Duta Palestin di Malaysia, Walid Abu Ali mendesak supaya masyarakat dunia memberikan tekanan yang tinggi terhadap Israel supaya menghentikan pencerobohan terhadap pendduk Palestin di Baitulmaqdis.

'Masyarakat Dunia Diminta Tekan Israel'- Duta Palestin

'Masyarakat Dunia Diminta Tekan Israel'- Duta Palestin

Serangan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin yang sedang menunaikan solat jemaah di Masjid Al-Aqsa serta mengusir rakyat Palestin dari kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur adalah jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Jelasnya lagi, setiap hari yang berlaku di Baitulmaqdis adalah Israel telah melanggar hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa yang telah ditetapkan justeru, beliau meminta agar masyarakat dunia mampu memandang serius akan kejadian yang sedang berlaku di Palestin pada ketika ini.

Pihak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab turut diminta oleh Walid bagi memberi tekanan serta menggunakan kuasa mereka bagi membantu menghentikan insiden yang sedang berlaku ini.

Selain itu, Walid turut menyeru agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar menggunakan hubungan dua hala mereka dengan negara Amerika Syarikat serta Kesatuan Eropah (EU) supaya memberi tekanan yang tinggi terhadap Israel behubung kejadian serangan tersebut.

Beliau menzahirkan penghargaan terhadap Kerajaan Malaysia, Utusan Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara atas sebulat suara menyuarkan kutukan terhadap tindakan Israel.

Menurutnya, Malaysia sentiasa memberikan sokongan padu serta bersolidariti terhadap rakyat Palestin di Baitulmaqdis berserta penduduk di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah yang mengadakan tunjuk perasaan di tengah-tengah lokasi serangan berlaku.

Krisis yang berlaku ini telah berpunca daripada keputusan Mahkamah Pusat Israel di Baitulmaqdis timur selepas membenarkan pengusiran tujuh keluarga Palestin dari kejiranan mereka serta menyokong penempatan oleh pendatang asing Israel awal tahun ini.

Hal tersebut menimbulkan rasa ketidak puasan hati rakyat Palestin yang dilihat mengadakan tunjuk perasaan menyebabkan tentera Israel bertindak menggunakan bom tangan dan gas pemedih mata sehingga menyebabkan ratusan rakyat Palestin cedera dalam serangan itu.

Sumber: Sinar Harian

 

Share.

Leave A Reply