13 Tempat Makan Best Western Di Kulim, Kedah | Khalifah Media Networks – Andai anda seorang penggemar makanan western food? Sejak-sejak terlibat dengan line western ni memang rajin betul admin jelajah mencuba pelbagai menu western. Kali ini admin terjah ke Kulim, Kedah pula. Ada beberapa restoran yang menghidangkan menu western tetapi belum jumpa dengan yang kena dengan selera. Sehinggalah admin diperkenalkan dengan 3 pilihan tempat makan best western yang sedap di Kulim, Kedah.
Admin pun apalagi, terus terjah cafe-cafe yang dicadangkan oleh orang kebanyak yang pernah mencuba masakan western disitu. Jika anda berada di kulim, mengapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Kulim ini.
1. AKAR LIMA
Pada yang tak biasa dikawasan ni, sebaiknya pergilah waktu hari masih terang agar tidak sesat. Cafe Akar Lima ni terletak di dalam kawasan taman perumahan dan kampung. Apabila sampai ke cafe ini, first impression admin terus tertarik! Mana taknya, Cafe ini asalnya rumah banglo 2 tingkat yang kemudian diubahsuai menjadi tempat makan. Susunan meja-meja kayu dan hiasan lampu yang kena dengan tempat serta dikelilingi oleh tumbuhan hiasan.
Untuk menu yang disajikan di cafe ini adalah sepenuhnya western. Apa yang menarik dalam setiap hidangan yang disediakan ialah diletakkan ulam raja. Pertama kali admin jumpa, hidangan western tiada salad tetapi ada ulam. Menarik kan? Ianya memberi kelainan rupa dan rasa pada hidangan. Jom lihat gambar-gambar antara menu popular.
Selain itu menu pilihan digantung didinding rumah menggunakan bingkai tingkap rumah lama, simple. Harga secara keseluruhan, berpatutan . Tak banyak beza dengan kedai western yang lain tapi yang penting adalah quality dan rasa. Admin difahamkan Akar Lima ini juga buka tempahan homestay dan majlis-majlis istimewa seperti perkahwinan, harijadi dan lain-lain yang berkaitan.
Pada yang berminat untuk mencuba, luangkan la masa ke sini. Ini alamatnya : 1116C, Lorong Laksamana, Jalan Tunku Bendahara, Kulim, Kedah. Waktu operasi cafe ini pula setiap hari kecuali hari isnin dari pukul 12:00 PM – 3:00 PM dan 5:00 PM – 10:00 PM. Ada pertanyaan boleh hubungi 012-424 9850.
2. DE’MADINAH CAFEE
Cafe kedua yang admin terjah adalah De’Madinah Cafee, jika tanya orang kulim sudah semestinya mengenali De’Madinah Cafee ini. Oleh kerana pelbagai menu sama ada barat hingga timur tengah disediakan mungkin penyebab ia menjadi destinasi pilihan. Cafe ini sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga mahupun tempat untuk bertemu rakan-rakan.
Harga yang ditawarkan agak berbaloi dan rasa hidangan sangat superb! Terdapat juga dalam set kombo serta set talam yang memang makan sampai kenyang. Selain masakan western, makan arab dan aneka masakan roti turut disediakan. Jadi terserah pada anda nak mencuba yang mana. Ini antara gambar menu masakan disediakn.
Cafe De’Madinah Cafee ini terletak di alamat No. 557 Tingkat Bawah, Taman Cengal 19, Taman Cengal Indah II, 09000 Kulim, Kedah. Ianya beroperasi setiap hari dan dua minggu sekali hari isnin cuti buka dari pukul 5.30 pm – 12.30 pm. Hubungi no. ini untuk sebarang pertanyaan 018-474 2952.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/DeMadinah.Cafee/
3. CATCILUT WARONG WESTERN
Seterusnya lokasi makan best western yang ketiga dicadangkan adalah Restoran CatCilut Warong Western. Kalau dikawasan kulim ni anda dah boring cuba western dikedai lain. Apa kata anda singgah ke restoran ini pula, review dari ramai mengatakan western di sini memang padu dengan harga yang berbaloi. Suasana restoran yang hipster dan selesa sesuai untuk dikunjungi.
Menu masakan disini yang menjadi pilihan ramai seperti Chicken Knuckle, Chicken whole leg yg diperap lama sampai meresap pasti membuatkan tekak dan perut anda riang gembira dengan keenakkan rasanya, ditambah pula kerangupan salutan bread crumbs nya yang pasti membuatkan setiap kunyahan bagaikan pesta. Meleleh air liur wehh! Jom cuci mata tengok gambar-gambar antara menu menarik disediakan.
Bermacam lagi masakan barat yang disediakan. Anda datang dan cuba sendiri keenakannya. Sebelum terlupa ni alamat ke restoran tersebut : Jalan sungai ular, Lorong hj. Hassan b. Hj. Ismail 1, 09000 Kulim, Kedah (depan caltex sungai ular). Dibuka setiap hari kecuali hari isnin cuti bermula pukul 5 petang – 12 malam. Boleh call : 018-220 2223. Apa lagi pada penggemar makanan barat jom serbu!
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/catcilut/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Kulim ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Jom Share pada kawan-kawan penggemar makanan barat semua.