Nadir Al Nuri Dedah SESUATU Tentang Arwah Buat Ramai Respek | Khalifah Media Network – Pagi ini ramai bersedih apabila mendapat khabar Siti Sarah meninggal dunia. Terkini Nadir Al Nuri dedah sesuatu tentang arwah buat ramai respek. AL FATIHAH.
“Masa tu saya terkejut…“
Allah.
Tersentap kejap bila baca berita daripada @shuibsepahtu tentang pemergian @sitisarahraissuddin.
Saya baru dihubungi Siti Sarah sebelum raya haji lepas untuk beliau ikuti program korban di Gaza kami.
Masa tu saya terkejut bila beliau maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian saja, seolah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir.
Selepas itu beliau kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan saudara-saudara kita di Palestin.
Rupanya Allah takdirkan, nyawa beliau diambil dalam keadaan beliau memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka malah telah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini.
Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada’ akhirat di bumi berkat.
Semoga engkau tenang di sana, al-fatihah.
Sumber : Nadir Al-Nuri
Baca Seterusnya…
Youtuber Jadikan Berita Kematian Allahyarham Siti Sarah Sebagai ‘Content’ Di Youtube, Ini Respon Shuib | Khalifah Media Network – Pelawak Shuib mengakui marah dengan tindakan beberapa individu yang menjadikan berita kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ‘modal’ kandungan di saluran YouTube.
Shuib, 37, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata, setiap individu perlu sedar. Mereka perlu wujudkan rasa sensitiviti dalam hati masing-masing apatah lagi jika ia membabitkan kematian.
“Kita kena ada sensitiviti yang sangat tinggi sebab kita kena tahu. Kalau selepas ini Allah nak uji, kita tak tahu sebesar mana ujian itu.
Baca Selanjutnya Di Sini…