Anak-Anak Belum Tahu Siti Sarah Meninggal Dunia – Shuib | Berita pemergian Siti Sarah dirasai oleh seluruh masyarakat, Apatah lagi suami serta anak-anak antara yang paling terkesan dengan pemergian arwah. Baca selanjutnya..

Gombak: “Itu tugas paling berat saya,” kata pelakon dan pelawak popular, Shuib, 38, yang belum sempat memberitahu pemergian isterinya, Siti Sarah Raissuddin kepada tiga anaknya.

Selepas Siti Sarah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di sini, jam 1.20 petang hari ini, tiga anaknya iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, masih belum tahu ibu mereka sudah meninggal dunia.

“Saya belum memaklumkan kepada anak-anak mengenai pemergian arwah ibunya kerana saya bergegas ke hospital pagi tadi.

“Ini adalah cabaran kepada saya untuk maklumkan berita ini nanti kerana anak-anak masih tidur ketika saya keluar rumah tadi. Insya-Allah saya harap semua okay.

“Terus mendoakan keluarga saya. Saya balikkan semua doa kalian. Kepada yang sedang bertarung dengan Covid-19 sekarang, saya mendoakan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian Siti Sarah, hari ini.

Malam tadi, Shuib bersama tiga anaknya sempat menatap wajah terakhir Allahyarham ketika masih bernyawa dengan bantuan jururawat dan doktor.”

Shuib berkata, ketika panggilan video dibuat arwah kelihatan mengalirkan air mata seolah-olah memahami apa yang diungkapkan dia dan tiga anak mereka itu.

“Air matanya berlinangan seolah-olah memahami apa yang kami bualkan dengannya. Saya ada ke hospital selepas anak-anak tidur dan selesai majlis bacaan Yasin dan doa selamat tapi saya tidak dibenarkan bertemu arwah,” katanya.

Menurut Shuib, dia reda dengan pemergian isterinya kerana apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi.

Sumber : HMetro

Share.

Leave A Reply