Percutian Di Krabi 3 hari 2 malam Hanya Perlu Bajet RM350/pax jer? (Ada Video) | Krabi semestinya terkenal dengan landskap bukit-bukau, batu kapur, paya bakau dan hutan kelapa sawit dan pokok-pokok getah yang sering menjadi salah satu destinasi pilihan pelancong khususnya pelancong dari negara Malaysia.
Wilayah Krabi terletak di bahagian selatan Thailand, antara Phang Nga dan Suratthani di utara dan Trang di selatan dimana utara bandar Krabi adalah taman negara Khao Phanom Bencha setinggi 1350m.
Krabi juga memiliki lebih daripada 200 buah pulau di sekitarnya selain merupakan salah satu daerah di Thailand yang terkenal dalam kalangan pelancong di seluruh dunia.
Kalau ingin dibezakan kawasan lain di Thailand seperti di Phuket, Krabi adalah destinasi yang sesuai untuk anda lawati bersama keluarga kerana kawasan persekitarannya yang lebih mesra pelancong yang datang dalam pelbagai peringkat umur.
Melancong ke luar negara semestinya memakan kos yang agak mahal, justeru kami ingin kongsikan tips bagaimana untuk anda travel ke Krabi dengan hanya RM350 sahaja per pax. Untuk ketahui lebih lanjut boleh klik video di bawah!