(Ada Video) Pelik, Pencuri Cabut Pagar Rumah Dan Bawa Lari. | Satu kejadian kecurian pelik yang membabitkan pagar sebuah rumah telah berjaya dirakam kamera CCTV.

(Ada Video) Pelik, Pencuri Cabut Pagar Rumah Dan Bawa Lari.

Menurut portal Lima Pagi, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di kompleks perumahan Parit Pangeran Pati, Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.

Dalam rakaman yang berlaku pada 30 September 2021 itu, dapat dilihat terdapat dua orang lelaki yang menaiki motosikal telah berhenti di hadapan sebuah rumah.

Rumah tersebut memiliki pagar besi yang terdiri daripada satu bahagian yang kecil dan satu lagi lebih besar.

Seorang lelaki yang membonceng motosikal itu terlihat segera turun dan mengambil salah satu pintu pagar yang tidak dikunci oleh pemilik rumah berkenaan.

Selepas berjaya membuka pagar itu, lelaki tersebut terus membawanya naik ke atas motosikal sebelum melarikan diri bersama rakannya.

Video rakaman CCTV insiden kecurian pagar itu telah mendapat banyak respon daripada warganet. Mereka mengesyaki bahawa suspek mencuri pagar itu untuk dijual kepada pengumpul barangan kitar semula.

“Kalau ikut timbang, mungkin boleh dapat 50 ribu rupiah, tulis warganet.

“Pagar yang digunakan untuk mencegah pencuri malah turut dicuri,” tulis yang lain.

“Suspek ini mungkin dah tahu keadaan pagar tu sebelum ni,” tulis seorang lagi.

Sumber: Siakap Keli , @faktaindo

Share.

Leave A Reply