(Video) Singa Laut Ini Bijak Buat Taktik Comel Depan Nelayan Demi Ikan. | Seiring masa, manusia dan haiwan berubah untuk survive dalam kehidupan.
Pelbagai kemahiran diasah untuk bermandiri. Bagi seekor singa laut, kemahiran berbuat baik di hadapan manusia membolehkannya makan ‘percuma’ tanpa perlu bersusah payah menangkap ikan di lautan.
Dengan hanya berlagak sopan di pasar tanpa mengganggu sesiapa, singa laut ini berjaya mencairkan hati para nelayan yang kemudiannya memberi ikan kepada haiwan tersebut.
Kongsi portal Aubtu.biz, singa laut itu bermundar mandir di pasar berkenaan seakan-akan meminta belas kasihan nelayan di sana. Mungkin tersentuh dengan ‘kesopanan’ haiwan tersebut, kelihatan beberapa nelayan pun menghulurkan ikan kepadanya.
Sumber: Siakap Keli