Serangan Bom Di Masjid Syiah Korbankan 100 Mangsa Di Kunduz

| October 8, 2021 | 0 Comments

Serangan Bom Di Masjid Syiah Korbankan 100 Mangsa Di Kunduz | Satu serangan pengeboman bunuh diri yang menyasarkan masjid golongan Syiah telah berlaku di bandar Kunduz, Afghanistan dan ia juga dikhabarkan telah mengorbankan lebih 100 orang mangsa akibat serangan tersebut, baru-baru ini.

Serangan Bom Di Masjid Syiah Korbankan 100 Mangsa Di Kunduz

Misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan berkata, maklumat awal yang mereka peroleh menyatakan lebih 100 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera selain sebelumnya media antarabangsa melaporkan serangan tersebut hanya mengakibatkan lebih 50 orang maut.

Penduduk di Kunduz menyatakan letupan tersebut berlaku ketika para jemaah sedang menunaikan solat Jumaat.

Gambar serangan tersebut telah tersebar luas di media sosial, namun tidak dapat disahkan sama ada gambar menunjukkan beberapa mayat terbaring itu diambil di lokasi sebenar.

Video lain menunjukkan lelaki mengarahkan orang ramai termasuk wanita dan kanak-kanak, supaya menjauhi lokasi kejadian.

Berikutan itu, jurucakap Taliban, Zabihullah Muhajid mengesahkan bahawa letupan berlaku pada waktu petang di sebuah masjid Syiah di Khan Abad, iaitu ibu kota wilayah Kunduz.

Menurut laporan The Guardian, serangan tersebut telah didalangi oleh kumpulan penganas yang dikenali sebagai Kumpulan Daesh-Khorasan selepas mereka sendiri mengakuinya.

Dikatakan pihak Daesh-Khorasan telah meningkatkan serangan di Afghanistan selepas Taliban kembali berkuasa sejak kebelakangan ini.

Difahamkan bahawa serangan di masjid Syiah itu adalah yang terburuk sejak kumpulan tersebut melancarkan serangan berhampiran lapangan terbang Kabul pada Ogos lalu yang meragut 169 nyawa termasuk 13 anggota tentera Amerika Syarikat (AS).

Serangan itu berlaku beberapa hari sebelum AS dan sekutunya meninggalkan bumi Afghanistan selepas dua dekad menjajah negara tersebut.

Sumber: The Guardian

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *