Disneyland Shanghai Tutup Akibat Satu Kes COVID-19 Baharu | BEIJING: Disneyland Shanghai ditutup hari ini berikutan satu kes COVID-19 baharu.

Pihak berkuasa China meneruskan strategi sifar jangkitan mereka menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk.

China berjaya mengurangkan kebanyakan kes domestik, namun berlaku peningkatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Ia menguji keazaman Beijing yang mahu menghapuskan wabak COVID-19 kerana kebanyakan negara lain sudah mula membuka sempadan.

Terdapat 92 kes baharu dilaporkan hari ini – tertinggi sejak pertengahan September.

Disneyland Shanghai ditutup bagi mengikuti keperluan pencegahan dan kawalan wabak.

Tarikh pembukaan semula masih belum disahkan.

Taman itu mula menghalang pelawat baharu masuk semalam, dengan semua orang di taman itu perlu mengambil ujian COVID-19 sebelum pulang.

Hampir 34,000 orang diuji pada pagi Isnin bagaimanapun semua mereka disahkan negatif, kata kerajaan. – AFP

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply