13 Tempat Makan Best Western Di Gurun Kedah | Khalifah Media Networks – Kali ini kami bawak pada anda pilihan tempat makan sedap dan murah di sekitar Gurun, Kedah. Jika anda ke sana atas sebarang urusan, boleh lah mencuba beberapa tempat makanan yang dicadangkan ini.

 

Lagi-lagi kalau anda memang peminat makanan western. Ini merupakan destinasi untuk makan yang boleh anda kunjungi. Di sini kami berikan 13 pilihan tempat makan best western yang sedap di Gurun, Kedah. Mari kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Gurun ni.

1. RESTORAN D’POHON

Kalau tanya orang Gurun, Restoran D’Pohon ini memang tidak asing lagi. Selain masakan Melayu, ia juga popular dengan menu masakan ala barat yang memang buat kita kecur liur. Salah satu yang menjadi tarikan adalah suasana restoran yang berkonsepkan senibina tradisional yang mana dok cari tempat makan yang sempoi, nyaman, ala kampung style. Boleh lah berkunjung ke sini.

Pelbagai sajian masakan ala melayu dan western disajikan untuk para pelanggan. Dan antara tarikan utama disini adalah Ais Kacang Salji. Sambil makan tu anda rasai sendiri suasana seakan berada di kampung halaman. Pelanggan boleh memilih mana-mana tempat makan yang disukai. Bersila, atas kerusi, atas pondok (tinggi sikit, kena panjat tangga). Jom tengok gambar-gambar beberapa menu hidangan disediakan.

Ramai review berpuashati dengan rasa makanan, layanan pantas dan harga. Tempat solat pun disediakan. Harap-harap berterusan begini. Dan insya-Allah, akan berkunjung lagi untuk mencuba menu yang lain. Pohon’s Kitchen ini menghidangkan menu western food jam 5.30 p.m-12.00 a.m. Siang menu nasi campur. Jika anda berhajat untuk ke restoran ini alamatnya : Lot.1 Setor Jln. Sg. Petani, Kg. Kepala Bukit, 08300 Guar Chempedak, Gurun, Kedah. Boleh juga hubungi 019-557 6211 untuk sebarang pertanyaan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/RestoranPohonKitchen/

2. NOAH KITCHEN

Bagi yang sukakan tempat yang sempoi dan santai, Noah Kitchen mungkin jadi pilihan anda. Ruang kedai yang luas dan selesa untuk seisi keluarga. Andai masih mencari tempat makan yang sedap dan puas hati? Nak ringankan beban isteri daripada penat masak? Ramai cakap makan western dalam talam kat sini memang ‘berhantu’. Mana taknya, buat orang ketagih. Dahsyatnya penangan set talam ni lepas makan rasa malas bangun sebab perut dah penuh.

Selain tu, ada macam-macam lagi jenis set talam yang ada. Daripada kecil sampai besar mereka ada. Nak tahu anda kena datang. Harga pula berpatutan dengan makanan. Janji sedap dan puas hati. Ni antara gambar-gambar menu top di restoran Noah Kitchen.

Untuk ke restoran ini memang tak jauh dari jalan utama. Masuk sikit saja dah boleh nampak Noah Kitchen dekat sebelah kanan. Kedai dibuka depan rumah. Ni alamatnya SIMCOO HOUSE No.1A, Presinct Mentari, Jalan Presinct Mentari 1B, Presinct Mentari 08100 Bedong, Kedah. Tak susah untuk cari. Kalau tak dapat nak cari lokasi Taman Bedong boleh call ye Noah Kitchen : 012-589 0248. Nanti adik-adik peramah akan guide anda location.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/noahktchen/

3. RESTORAN S&S CATERING

Ini satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan western yang best di kawasan Gurun. Jika anda mencari kelainan, kami cadangkan anda cuba ke Restoran S&S Catering pula. Mana tahu kena dengan selera anda kan? Kalau nak bawa keluarga pun boleh, ruang kedai yang selesa untuk semua. Kalau nak singgah di sini, apa kata jom cuci mata dulu tengok antara hidangan menarik yang disajikan.

Ramai kata makan kat sini memang padu. Ada juga masakan goreng-goreng panas disediakan. Kalau nak singgah ni alamatnya : No 1, jalan keranji 1, jalan yan 08300 Guar Chempedak, Kedah. Atau sebarang pertanyaan atau tempahan boleh call 011-1898 6909. Waktu beroperasi pula dari pukul 4.30 petang hingga 12 malam.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/ssrestoran2u/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Gurun ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca tu jangan lupa kongsi ye. Selamat menjamu selera.

Share.

1 Comment

Leave A Reply