13 Tempat Makan Best Western Di Bintulu, Sarawak | Khalifah Media Networks – Di Sarawak, Selain melawat tempat menarik disana antara tempat lain yang selalu ditujui adalah tempat makan. Sudah semestinya tempat makan yang sedap dan best yang kita cari kan?

Disini kami memberikan 13 pilihan tempat makan best western yang sedap di Bintulu, Sarawak. Kalau dekat, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Jom kita sama-sama kecur liur dengan 13 tempat makan best di Bintulu ni.

1. Q STATION

Untuk pengetahuan anda, Restoran ini dah memang terkenal dengan masakan yang sedap. Ini dia Q Station yang tetiba meletop di Bintulu. Jika anda ke sini, boleh pilih nak duduk dimana. Disini boleh kata semuanya masakan barat dan tempatan disediakan untuk para pelanggan.

Ada berbagai pekej yang disediakan. Disediakan set biasa western food seperti chicken chop dan lamb chop. Kepada yang datang ramai-ramai dan nak merasa berbagai menu bolehlah ke sini. Jom lihat beberapa gambar menarik hidangan.

Keseluruhan masakan di sini memang sedap dan berbaloi dengan harga. Kepada yang nak tahu Q Station ini di mana. Disini kami sertakan sedikit maklumat tentang restoran ini. Alamat : No. 240, Parkcity Commercial Centre, Phase 3, Jalan Tun Ahmad Zaidi, 97000 Bintulu, Sarawak. Boleh waze atau google Q Station. Restoran ini dibuka pada pukul 7.30 am hingga 10.30 pm. Jadi apa lagi jom pakat-pakat singgah.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Q-Station-Bintulu-1511847925517411/

2. THE HOOD

Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana selesa bolehlah berkunjung jamu selera di restoran The HOOD. Ruang restoran yang dihiasi dengan gaya kreatif memang selesa untuk menjamu selera. Ada pelbagai masakan ala barat disediakan untuk pilihan anda.

Ia juga sesuai untuk makan bersama keluarga mahupun dengan rakan taulan. Ramai yang setuju pekerja The HOOD ni sangat mesra dan ramah buatkan orang tak rasa janggal bila berada disitu. Harga hidangan sangat berbaloi dengan kesedapan makanan. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat western di The HOOD.

Tengok pun dah sedap kan. Jadi anda datang sini dapatlah merasa berbagai masakan yang ada. Dah rasa semuanya, selepas ini kalau nak pilih menu ala cart senanglah sebab dah tau yang mana sedap kan? Kepada yang nak tahu lokasi The HOOD ini di mana. Ini alamatnya : Ground Floor 8529 25 Jalan Tun Ahmad Zaidi Commercial Bintulu Town Square 97000 Bintulu Sarawak. Untuk sebarang pertanyaan atau mahu membuat tempahan boleh call 016-432 8002.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/thehoodbintulu/

3. SRI AROMA CAFE

Macam sudah boring makan chicken chop biasa? Pergi kedai mana pun sama? Sini satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan western dan masakan tempatan yang best di Bintulu. Dah bosan dengan chicken chop atau lamb chop biasa, apa kata datang try western yang sedap di restoran Sri Aroma Cafe pula.

Harga? Toksah tanya la memang murah habis. Rasa macam makan dekat hotel, bayar harga warong. Menu popular lain ada juga yang penting sedap. Kalau berminat boleh lah singgah nanti di Sri Aroma Cafe ni. Sebelum tu jom preview beberapa menu menarik yang ada disini.

Ramai warga Bintulu yang memberi review bahawa Sri Aroma Cafe ni sedap dan best. Kalau berhajat nak singgah, ini alamatnya : Ground Floor, 4061 Jalan Diwarta Parkcity Commercial Square Phase 5, 97000 Bintulu, Sarawak. Kalau sesat boleh call 011-3384 0937. Jom pakat terjah ramai-ramai.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Sriaromacafe/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Bintulu ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah habis baca, jangan lupa kongsi pada yang lain ye!

Share.

Leave A Reply