(ADA VIDEO) Bagaimana Nak Didik Anak Perangai Baik? Ini Jawapan Ustaz Buat Ramai Ibu Bapa Terkesima | Khalifah Media Networks – Melihat muka bayi yang comel dan polos membuatkan hati sesiapa mudah tersentuh. Tapi nak membesarkan amanah ALLAH SWT itu bukan satu tugas yang senang semudah memetik jari saja.

(ADA VIDEO) Bagaimana Nak Didik Anak Perangai Baik? Ini Jawapan Ustaz Buat Ramai Ibu Bapa Terkesima

Bukan setakat bagi makan, minuman dan pakaian, tapi sebenarnya banyak lagi yang perlu kita lakukan supaya anak tadi membesar menjadi orang yang berguna kepada agama, negara dan kedua orang tua mereka.

Itu semua boleh melorongkan kita meniti ke jannah kelak. Anak yang soleh dan solehahlah yang akan mendoakan ibu bapa apabila kita sudah tiada lagi di dunia yang fana ini.

Begitulah signifikannya tanggungjawab ibu bapa dan pendidik. Merekalah yang menggalas tugas untuk mencorakkan anak masing-masing.

Orang kata, nak didik anak kenalah bermula sejak dari mereka bayi lagi. Kena benar dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya justeru dari segi memberi didikan dalam membentuk sasiah peribadi si anak, makanan dikatakan salah satu juga sangat penting dalam mendidik anak-anak.

Jadi bagaimana untuk memulakan? Adakah pemakanan yang bagus dapat menyumbang kepada gaya hidup anak yang lebih baik? Persoalan tersebut bakal terjawab menerusi video di bawah..

Baca artikel seterusnya…

 

Kenapa Makanan Yang Dibaca Ayat Ruqyah Mahal ? Bolehkah Perkara Ini Diniagakan? | Khalifah Media Networks –Dewasa ini, kelihatan semakin tumbuh bagai cendawan produk-produk perniagaan yang kononnya dibacakan ayat al-Quran sama ada sepenuhnya 30 juzuk atau sebahagiannya.

(Ada Video) Kenapa Makanan Yang Dibaca Ayat Ruqyah Mahal ? Bolehkah Perkara Ini Diniagakan ?

Namun tidak dapat juga dinafikan bahawa berlakunya peningkatan dalam kesedaran orang ramai terhadap potensi besar sektor perubatan Islam yang dilihat sebagai alternatif kepada perubatan konvensional menyebabkan banyak pihak mengambil bahagian menawarkan perkhidmatan ini.

Baca selanjutnya Di Sini

Share.

Leave A Reply