13 Tempat Makan Best Western Di Perlis | Khalifah Media Networks – Jika anda bercadang untuk ke negeri di utara tanah air iaitu Perlis, sama ada atas urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Perlis ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.

Disini kami memberi cadangan tiga belas pilihan tempat makan  best western yang ramai review cakap sedap di Perlis. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 13 tempat makan best di Perlis.

1. ANABURGER ‘D’ CAFE

Rasanya jika kita tanya orang Perlis, rata-rata sudah mengenali Restoran AnaBurger ‘D’ Cafe ini. Kedai ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan burger bertingkat-tingkat. Anda jangan terkejut pulak tengok burger-burger kat sini. Yang menariknya, daging burger adalah daging buatan sendiri yang montok berisi keju di dalamnya digabung bersama ayam rangup dan telur. Kalau anda mampu habiskan burger bertingkat ini pasti tersandar kekenyangan.

Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah burger bertingkat, ice blend choclate larva dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran AnaBurger dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat dan burger.

Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? AnaBurger ‘D’ Cafe menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Datang dan rasai kesedapan makanan disini sambil-sambil dengar Busking. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : Jalan Tebing Tinggi, Kampung Jarak, 01000 Kangar, Perlis. Kalau sesat boleh call 011-1607 6345 nanti staff mereka akan bantu anda.

Restoran AnaBurger ‘D’ Cafe ini mula beroperasi seawal pukul 5 petang dan tutup pukul 12 malam. Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu cuti. Jadi boleh rancang bila nak pergi terutama kalau anda peminat burger memang wajib cuba.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/anaburgercafe/

2. D’MELATI BAKERY & WESTERN

Khas bagi penggemar western food dalam masa yang sama mahu menjamah aneka roti dan kek, D’Melati Bakery & Western adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri moden. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat , restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik daripada ayam dan kambing yang dibakar dengan perapan istimewa serta masakan panas seperti kueteow goreng, mee goreng dan aneka nasi goreng.

D’Melati Bakery & Western bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba pelbagai aneka roti dan kek yang kelihatan sedap dan mengiurkan. Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran ini.

Apa yang specialnya di sini? Sos chicken chop & lamb chop berkonsepkan Italian. Semua sos mereka buatan sendiri dan yang pastinya tidak menggunakan sos instant. Sos mushroom dan garlic bread juga dibuat sendiri. Roti yang lembut dan gebu sedap dimakan bersama mushroom soup. Dengar pun dah mengiurkan.

Banyak lagi aneka roti dan kek serta menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : No.59, Taman Haz Melati, Jalan Bukit Keteri, 02400 Beseri, Perlis. Waktu mereka beroperasi bermula pukul 11:00 AM – 9:30 PM. Dibuka setiap hari kecuali hari Sabtu sahaja cuti. Boleh juga telefon 017-541 1250 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/dmelaticafe/

3.  LAMAN KAFE

Seterusnya pilihan tampat makan yang best ini kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di Perlis. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di Laman Kafe ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.

Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe..Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah disini.

First time pergi anda jangan terkejut sebab jalan ke kedai ini dalam kampung sikit. Kedai ini suasana kampung, ditepi sawah dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, Anda pasti sangat selesa dan menyenangkan untuk menjamu selera. Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: Kampung chelong, Mata Ayer 02500 Kangar, Perlis. Atau Sebarang pertanyaan boleh hubungi(PUAN RAHAYATI) 0135132820 (ENCIK Radzi) 01135032820. Buka bermula pukul 4 petang hingga 11 malam setiap hari kecuali hari Ahad cuti. Pakat mai bawa family, sedara mara, kawan-kawan makan disini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/LAMAN-CAFE-517580171954286/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Perlis ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Jangan lupa kongsikan artikel ini selepas habis baca ya.Dah baca jom kongsikan pada penggemar masakan barat yang lain.

Share.

Leave A Reply