Tular Pintu Kaabah Terbuka Sendiri, Akhirnya Pihak Berwajib Tampil Beri Penjelasan | Khalifah Media Networks – Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang mendakwa bahawa pintu kaabah terbuka secara automatik dan jin serta malaikat sedang menunaikan solat di dalamnya.

Bagaimanapun, video ‘keajaiban’ itu telah disahkan palsu dan disebarkan untuk mengelirukan orang ramai, lapor The Islamic Information.

Ketua Presiden untuk Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Rahman al-Sudais, video itu palsu. Ia sebenarnya dirakam pada bulan Ramadan yang lalu.

Difahamkan, pintu itu akan dibuka untuk Perdana Menteri dan Presiden dari seluruh dunia yang mengunjungi Masjidil Haram untuk menunaikan umrah.

Pintu itu juga biasanya dibuka untuk personaliti yang berpengaruh serta kerja-kerja sanitasi sebaik sahaja delegasi berkenaan keluar.

Dalam satu kenyataan, beliau juga menggesa umat Islam supaya tidak menyebarkan pembohongan atas nama Allah.

Terdahulu, video tersebut telah tular di media sosial dengan ada yang mendakwa bahawa keajaiban telah berlaku.

Dakwa kiriman tersebut, pintu Kaabah terbuka tetapi tiada apa-apa yang kelihatan di dalamnya.

Dalam kejadian yang didakwa berlaku pada 13 Mei itu, jemaah-jemaah yang berada di situ juga didakwa sedang merakam jin dan malaikat yang sedang menunaikan solat.

SUMBER : SK

 

 

Kembali Peluk Islam Selepas 13 Tahun Murtad, Penyanyi Takutkan ‘Hal’ Ini Terjadi | Khalifah Media Networks – SELEPAS 13 tahun bergelar murtad apabila nekad keluar agama Islam dan menganuti Kristian, penyanyi Nania Yusuf kembali menjadi seorang muslim selepas melafazkan kalimah syahadah ketika Aidilfitri lalu.

Ujar bekas peserta program Indonesia Idol itu, dia memutuskan kembali menganut Islam. Selepas mendakwa mendapat hidayah selain tertanya-tanya bagaimana pengakhiran dirinya ketika meninggal dunia nanti.

Baca selanjutnya Di Sini

Share.

Leave A Reply