Penganggur berdepan hukuman gantung selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya.

Penganggur BUNUH Ibu Kandung. Hukuman Mati Kini Menanti!

Tertuduh didakwa membunuh ibunya di rumah mereka di Paya Luboh, Tangga Batu dekat sini pada 5 Julai lalu.

Tertuduh, Amirul Hakim Abu, 38, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh ibunya, Roziah Md. Dom yang berusia 64 tahun.

Kejadian berlaku di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu dalam daerah Melaka Tengah antara pukul 2.30 petang hingga 3 petang, 5 Julai lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Dalam prosiding berasingan, tertuduh turut dihadapkan dengan satu lagi pertuduhan.

Tertuduh memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badannya dan mengaku bersalah bagi kesalahan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan seorang duda anak dua didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 1.35 pagi.

Perbuatan itu dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Melaka Tengah, 6 Julai lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Turut dibaca bersama Seksyen 38B yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara.

Tertuduh juga diletakkan di bawah pengawasan pegawai sebagaimana ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi tempoh minimum dua tahun dan maksimum tiga tahun.

Pendakwaan itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Yusof.

Nor Azizah tidak mencadangkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh dihadapkan dengan kesalahan membunuh malah tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 30 Ogos ini bagi serahan dokumen, laporan kimia dan bedah siasat mangsa serta  saringan ujian air kencing tertuduh.

Terdahulu, Utusan Malaysia pada 5 Julai lalu melaporkan, tertuduh diberkas polis di kediamannya.

Susulan tertuduh dipercayai menikam ibunya sehingga mati menggunakan pisau pemotong sayur.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu, mangsa yang merupakan pesara guru ditemui dengan kesan dua kesan tikaman di kanan dan kiri leher.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah telah memberi kenyataan berhubung kes ini.

Menurutnya, hasil soal siasat, suspek mendakwa dia terdengar bisikan halus memberitahu warga emas itu menyembah berhala.

Kemudian, suspek telah menyerang mangsa di dalam bilik tidur.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply