Penduduk Terjumpa Ular Gergasi Ketika Bersihkan Kebun. | Sudah pasti kita pernah menjumpai pelbagai jenis ular kan. Ada ular yang berbisa dan ada yang tak bisa. Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila penduduk di sebuah kampung di Indonesia menemui seekor ular gergasi. Gempar penduduk di Kabupaten Muna Barat , Sulawesi Tenggara Indonesia telah menemui seekor ular sawa raksasa ketika sedang memotong rumput di kebun yang bakal digunakan untuk menanam jagung.

Ular

Menurut Detik, ular sawa yang ditemui itu berukuran sepanjang tujuh meter dan berat mencecah 130 kilogram itu ditemui sedang melingkar di dalam kebun penduduk kampung tersebut.

Menurut Ketua Kampung Latompe Laode Sugira, seorang penduduk kampung yang sedang membersihkan kebunnya tiba-tiba terlihat ular sawa raksasa itu sedang sedang melingkar, ular itu mungkin sedang tidur.

Sugira berkata, ular sawa itu pada awalnya ditemui oleh seorang penduduk kampung. Namun, kerana saiznya yang terlalu besar, dia kemudian memanggil lapan orang lagi rakan sekerjanya untuk membantunya menangkap ular sawa raksasa itu.

Jelasnya, dia tidak boleh melakukannya sendiri kerana ular itu sangat besar. Jadi dia memanggil rakan-rakannya yang berada di sekitar kebun penanaman jagung itu. Jadi ada sembilan orang semuanya.

Sugira kemudian berkata lagi, bahawa ular sawa itu melawan ketika mereka hendak menangkapnya. Penduduk kemudian memukulnya dengan pisau parang sebanyak lapan kali sehingga akhirnya haiwan itu mati.

Jelasnya,  ular sawa itu melawan ketika hendak ditangkap, jadi mereka memukul ular sawa itu dengan parang. Dipukul sebanyak lapan kali lalu ular itu mati.

Selepas berjaya ditewaskan, penduduk kampung kemudian membawa ular sawa raksasa itu ke kampung. Jarak antara tempat ular sawa itu ditemui dengan kampung hanya kira-kira sejauh tujuh kilometer.

Sumber : Siakap Keli

Share.

Leave A Reply