Tindakan pantas anggota bomba di Jepun untuk menyelamatkan seorang wanita daripada cubaan membunuh diri dengan menendangnya masuk ke dalam rumah berjaya mencuri perhatian warganet di media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, kelihatan seorang wanita yang memakai baju serba hitam itu sedang duduk di tebing tingkap dengan kakinya terjulur keluar dari bangunan. Anggota bomba yang turun dari tingkat atas, diikat dengan tali keselamatan bertindak menendang wanita itu masuk semula ke dalam rumah untuk mengelakkannya daripada terjun ke bawah.
Tindakan bijak dan pantas anggota tersebut untuk menyelamatkan nyawa wanita berkenaan mendapat pujian daripada warganet yang menyaksikan kejadian itu. Meskipun rata-rata netizen kagum dengan teknik yang digunakan, namun ada juga yang mempersoalkan integriti anggota bomba berkenaan.
Sebuah video menjadi sensasi internet yang memaparkan kepantasan seorang anggota bomba di Jepun menyelamatkan seorang wanita daripada percubaan bunuh diri dengan menendangnya masuk ke dalam rumah, lapor laman India Today semalam.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter, kelihatan seorang wanita sedang duduk di tebing tingkap dengan kakinya terjulur keluar bangunan.
Anggota bomba yang turun dari tingkat atas, diikat dengan tali keselamatan bertindak menendang wanita itu masuk semula ke dalam rumah untuk mengelakkannya daripada terjun ke bawah.
“Tindakan bijak seorang anggota bomba Jepun menyelamatkan nyawa wanita yang berniat bunuh diri,” demikian menurut kapsyen video tersebut.
Meskipun sesetengah pengguna media sosial kagum dengan teknik sepakan tersebut namun ada juga yang mempersoalkan integriti anggota bomba berkenaan.
“Apakah jenis teknik menyelamat dengan menendang mangsa seperti ini?” komen seorang pengguna.
Sehingga kini, video itu telah berjaya meraih lebih empat juta tontonan.
Sumber : Oh Bulan