Seorang ‘Influencer’ Terima Lebih 100 Bungkusan Misteri. | Seorang usahawan berasa tidak senang apabila menerima banyak bungkusan misteri. Bungkusan itu hanya kosong dan ada di antaranya hanya mempunyai sedikit serbuk berwarna putih. Baca selanjutnya.
Seorang usahawan yang juga pempengaruh media sosial atau influencer tertekan apabila setakat hari ini telah menerima lebih 100 bungkusan atau parcel daripada pengirim misteri sejak Mac lalu.
Menerusi suatu perkongsian di Twitter, @marinadndy memberitahu, bungkusan yang diterima itu semuanya kosong dan ada antaranya berisi habuk putih.
“Sebelum ini, saya pernah menerima parcel yang mengandungi hanya satu pelitup muka dan di parcel dan tiada maklumat lain seperti nombor telefon manakala alamat pula adalah palsu.
“Ada yang cakap, pihak kurier hanya ingin mencuba kecekapan penghantaran sahaja,” katanya.
Susulan itu, Marina yang sekali lagi menerima parcel misteri kosong semalam berasa ia agak mengarut dan tertekan kerana dia tidak membeli apa-apa barangan.
“Ini sudah termasuk parcel ketiga saya menerima benda putih sebegini. Sebelumnya, bermacam-macam benda yang saya dapat.
“Saya sudah memaklumkan tidak ingin lagi menerima, membuka atau mengambilnya. Tetapi terpaksa juga terima,” jelasnya yang sebelum ini pernah menerima ikat rambut.
Dalam pada itu, rata-rata netizen di media sosial memintanya berhati-hati dan tidak membuka parcel tersebut kerana khuatir berlaku perkara tidak sepatutnya.
“Pernah dapat juga, tetapi menerusi alamat rumah ibu yang jarang saya gunakan. Parcel itu mengandungi pelitup muka dan hasil risikan alamat penghantar tidak menjual produk berkenaan,” kata seorang pengguna Twitter.
“Seramnya. Jika menerima bungkusan yang pelik-pelik, jangan dibuka dan sebaiknya dibuang terus. Risau seandainya berlaku perkara yang tidak diingini. Jika ingin kirim bungkusan misteri itu, hantarlah duit atau emas, barulah berfaedah,” seloroh seorang pengguna lain.
Sumber : Kosmo
ARTIKEL LAIN YANG MENARIK
Seorang Lelaki Mabuk Ditahan Kerana Mematahkan Bendera Barisan Nasional.
KULAI – Seorang lelaki disyaki mabuk ditahan kerana mematahkan bendera kempen Barisan Nasional (BN) dalam satu kejadian di Taman Senai Utama, Senai di sini lewat tengah malam, semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek ditahan pada pukul 12.15 tengah malam berusia 58 tahun.
Menurut beliau, lelaki berkenaan ditahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
“Malam tadi, anggota polis menerima makluman terdapat seorang lelaki mabuk membuat provokasi dengan mematahkan bendera yang dipasang jentera kempen BN.
“Polis kemudiannya telah menahan suspek yang berusia 58 tahun tersebut dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beng Yeow turut memberitahu, pihaknya menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang kelakuan jenayah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Sementara itu, Calon BN bagi kerusi Parlimen Kulai, Chua Jian Boon memberitahu, suspek turut bertindak memarahi jenteranya yang sedang memasang bahan kempen tersebut.
“Jentera kempen bukan sahaja dimarah dan dihalang, malah bendera yang telah dipasang turut ditanggalkan. Kerana enggan terlibat dengan pertikaian tersebut, jentera kami berundur daripada kawasan berkenaan dan membuat laporan polis berhubung gangguan itu.
“Saya amat kesal dengan perbuatan tersebut yang disifatkan merupakan satu strategi kempen tidak sihat yang tidak sepatutnya berlaku pada masa kini,” katanya.