Sepasang suami isteri Orang Kelainan Upaya (OKU) di Kampung Lepan Jaya, di sini, tabah menguruskan dua anak lelakinya yang juga OKU sejak 10 tahun lalu.

Isteri, Che Bah Omar, 46, yang mengalami kecacatan jari dan tangan sejak lahir manakala suaminya, Rosli Yusof, 44, pula kudung kaki kanan dari bawah lutut akibat terkena mesin proses getah semasa berkerja di kilang getah Sungai Terah 20 tahun lalu.

Lebih memeritkan apabila anak kedua daripada empat adik beradik, Mohamad Rosnizam, 20, tahun turut mengalami masalah saraf sehingga tidak mampu bergerak sejak 10 tahun lalu dan nasib yang sama menimpa anak bongsunya, Muhammad Syukri Aiman, 9, sejak berumur enam tahun.

Menurut Che Bah, kerana tidak mampu bergerak, kedua-dua anak lelaki mereka perlu diuruskan oleh dia dan suami.

“Mereka berdua hanya boleh duduk dan tidak mampu berdiri, segala keperluannya saya dan suami yang uruskan termasuk mandi, dan untuk ke tandas. Setiap Hari saya perlu mengangkat mereka untuk mandi kerana suami tidak boleh mengangkat berat.

“Rosnizam dan Syukri sejak dilahirkan adalah kanak-kanak yang normal, namun segalanya berubah apabila mereka demam panas. Rosnizam tidak mampu bergerak sejak berusia 10 tahun, manakala Syukri enam tahun.

“Walaupun berat ujian ini, kami tetap tabah menjaga mereka berdua,” katanya ketika ditemui di Kampung Lepan Jaya, di sini.

Che Bah berkata, dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kira-kira RM1,000 sebulan mereka menyara keluarga.

“Suami sudah tiga bulan tidak dapat menoreh getah kerana cuaca tidak menentu dan hanya mengambil upah kerja-kerja kampung.

“Alhamdulillah dengan bantuan daripada JKM untuk saya, suami dan anak lelaki dapat kami menanggung perbelanjaan seharian keluarga.

“Manakala Syukri pula mendapat bantuan kewangan dari sekolah dua kali setahun dan dia kini masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lepan Jaya,” katanya.

Bagi Rosnizam, berkata, dia reda dengan ujian yang diterima dan bersyukur kerana kedua ibu bapanya menjaga mereka dengan sepenuh hati.

“Sejak sepuluh tahun lalu sehingga kini, emak akan mengangkat saya untuk mandi dan ke tandas. Saya hanya mampu duduk.

“Saya harap ada pihak yang sudi menyumbangkan kerusi roda yang mempunyai sokongan belakang lebih tinggi untuk saya duduk lebih selesa dan sebuah katil pesakit bagi memudahkan emak menguruskan saya,” katanya yang sempat menghabiskan persekolahan sehingga tingkatan tiga.

Sumber: Harian Metro

 

Baca Juga: Suami Bvnuh Isteri OKU ‘Penat’ Jaga Selama 40 Tahun | Seorang suami nekad membunuh wanita itu dengan menolaknya ke dalam laut kerana penat menjaga isterinya yang kurang upaya.

Lelaki yang berusia 81 tahun di Jepun itu bertindak demikian selepas mendakwa penat menjaga isterinya selama 40 tahun.

Portal The Independent telah melaporkan, polis di Oiso, wilayah Kanagawa di Jepun, berkata bahawa suspek dikenali sebagai Hiroshi Fujiwara, berumur 81 tahun, mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh isterinya.

Dia memberitahu polis, pada 3 November, sekitar 5.30 petang waktu tempatan, dia mendorong kerusi roda isterinya, Teruko, 79, ke jeti di Oiso dan menolaknya ke dalam laut.

Media tempatan melaporkan bahawa Fujiwara mengakui jenayahnya kepada anak sulung mereka tidak lama kemudian.

Japan Times melaporkan, anak lelaki pasangan itu kemudian menghubungi polis tempatan untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.

Anak lelakinya memberitahu kepada polis bahawa ayahnya kata kepadanya tolak ibunya ke laut.

Pasangan itu tinggal berdua dan Fujiwara memberitahu polis, dia menjaga isterinya yang kurang upaya selama lebih 40 tahun.

Pada Jumaat, balai polis Oiso Polis Wilayah Kanagawa berkata, Fujiwara ditangkap sehari selepas kejadian dan ditahan polis kerana disyaki membunuh.

Mainichi melapor bahawa pada 3 November, saksi kejadian menghubungi polis sekitar 7 petang selepas melihat mayat terapung di perairan.

Wanita berusia 79 tahun itu dibawa ke hospital selepas perkhidmatan kecemasan membawanya keluar dari laut, tetapi disahkan meninggal dunia.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply